Orang kata hasil tangan orang lama memang lain macam sedikit. Tidak kiralah dari segi memasak, mengemas, atau melipat baju sekalipun.
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok milik @nurulatika963, dia berkongsikan keadaan ruang rumah seorang warga emas yang menetap di Kuala Krai, Kelantan.
Dalam video tersebut, perhatian tertumpu pada dua buah rak yang dipenuhi dengan baju-baju yang dilipat sama bentuknya dan disusun dengan begitu teliti.
Rakaman itu nyata membuatkan ramai kagum dan seolah tidak percaya kain-kain baju itu dilipat sebegitu rapi menjadikan ruang rumah juga terlihat sangat kemas.
Nurul Atika turut menunjukkan sebahagian rak yang dipenuhi kain batik, tuala, seluar dan baju-baju tshirt.
Koleksi kain batik yang tersusun juga menarik perhatian ramai sehingga meraih lebih 2.7 juta tontonan setakat ini.
@adammar1819 #nohika #aachickenwing #nohcendol #puraloklok #jjcm #kelantan #manekurai #kualakrai ♬ original sound – nurulatika963
Selepas video tersebut tular, ramai yang membuat permintaan untuk melihat cara wanita tua itu melipat kain-kainnya.
Sememangnya kehandalan warga emas itu melipat dengan rapi membuatkan ramai kagum.
“Orang lama memang lipat kain teliti. Orang sekarang lipat tak ada macam tu. Kalau ada pun sikitlah. Kemas rak baju,” komen pengguna TikTok.
“Tolong review orang yang lipat semua tu. Saya nk masuk class tak kisahlah bayar beribu pon” komen yang lain.
“Mak dia kerja Padini ke dulu. Kalau aku lipat baju yang kedua, lipatan dah jadi lain. Tak sama besar,”.