“Satu malam yang disangka indah, habis tergadai semua, waktu dicekup Polis dalam kereta, tudungnya melayang entah kemana, tangan si lelaki pula bak lipan”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Jika kisah ini disiarkan, terlerai kisah yang disimpan erat bertahun tahun dalam hidupku.

Ini kisah kawan aku sewaktu menuntut di sebuah universiti di barat tanah air. Aku namakan dia sebagai Ina (bukan nama sebenar).

Ak cuba ringkaskan cerita, harap semua dapat ambil iktibar.

"Satu malam yang disangka indah, habis tergadai semua, waktu dicekup Polis dalam kereta, tudungnya melayang entah kemana, tangan si lelaki pula bak lipan"

Aku dan Ina menyewa dalam satu bilik sewaktu pengajian.

Walaupun beza course, tapi kami rapat bercerita lepas kelas, keluar bersama etc. Ina selalu cerita ada lelaki nak tackle dia (bukan sorang sahaja, tapi ramai pastinya!).

Ina dah tunang dengan Zaki, sewaktu berusia 20tahun. Ina orangnya berkulit putih, agak chubby, petah berkata kata dan berani. Sesuai lah dengan course yang dia ambik.

Oh ya, dia sangat menjaga aurat. Tudung labuh bidang 60, handsock stokin tak pernah missed ya.

Kisah bermula apabila satu hari, dia bercerita ada kawan lelaki satu course pm di FB ajak keluar makan. Man namanya. Mereka berjumpa, makan malam bersama berdua di restoran berdekatan rumah.

Sejak itu, kerap mereka berhubungan di FB, whatsapp. Pernah sampai tak tido malam Ina berbual di telefon dengan Man.

Man banyak hantar dan ambik Ina di kampus. Bahkan Ina tidak lagi naik bas macam kami yang lain. Aku banyak kali pesan supaya Ina menjaga batas namun kerap dibalas,

“Kami kawan je la. Saling bertukar cerita, Zaki(tunang dia) pon faham”.

Aku iyakan saja. Hal ini berlanjutan 2-3 bulan.

Suatu malam hari Sabtu, Ina pulang lambat. Lewat pagi baru dia sampai. Aku terjaga dalam pukul 4.30 pagi terdengar dunyi deruman air orang mandi.

Aku buat tak endah sambung tidur sehingga subuh. Aku tidur lambat malam tadi siapkan assignment. Lepas subuh, apa lagi sambung tidur la hujung minggu ni. Hahahaha tak padan anak dara.

Menjelang tengah hari, aku bangun dan uruskan diri. Aku terdengar bunyi tangisan tertahan di sebalik selimut. Ina menangis?

Sehingga lepas solat zohor, Ina masih tak keluar bilik. Perkara ini menimbulkan pertanyaan ahli rumah yang lain kepadaku.

“Ina ok tak? Dia kenapa?”.

Biasanya Ina lah yang busy masak itu ini hari weekend. Hari tersebut kami beli luar bungkus semua lauk. Ak masih tak tahu punca Ina mengasingkan diri tapi tidak pula bercerita kelewatan Ina pulang semalam kepada mereka. Tak penting kataku huh.

Di bilik, aku mula memujuk Ina supaya bercakap meluah perasaanya. Dia menggeleng kepala tanda tak mahu. Kerap kali diulang,

“Kau akan benci aku kalau kau tak tahu!”.

Aku desak Ina dengan macam macam pujukan dan akhirnya terluah apa yang terbuku di hatinya. Itu pon selepas banyak kali tekaan aku tersasar. Korang mesti dapat teka kan? Yesss…Ina ditangkap khalwat dengan Man.

Malam tersebut, Man dan Ina keluar makan berdua lagi.

Lepas makan, Man pandu kereta ke sebuah tempat. Jam dah menunjukkan pukul 1 pagi. Kawasan tu waktu malam sunyi, apatah lagi dah lebih tengah malam.

Di situ ujian iman bermula bila Man mula bertanya perasaan Ina padanya. Mula meminta perasaan sayang Ina dibuktikan dengan menyerahkan dirinya.

Rupanya, pertemuan sebelum ini dah berani ringan ringan. Waktu dicekup dalam kereta, Ina kata tudungnya melayang entah kemana. Tangan si lelaki bak lipan habis meraba dirinya ikut bisikan nfsu.

Dia hanya membiarkan dirinya jadi santapan buas. Malunya dicampak ke lembah paling bawah. Di usia 21, Ina tak tahu status dirinya. Masih dara atau sudah ditebuk.

Waktu dicekup oleh 3 polis berusia 20an-30an, Ina dan Man dibawa ke balai polis. Puas Ina menangis merayu minta belas. Man diam tak berputik seolah olah kesalahan Ina saja.

Malang bertimpa buat Ina apabila dia ke balai polis bukan untuk di ambil keterangan, sebaliknya sebagai helah untuk di’pow’.

Polis tersebut meminta RM4k dari Man dan Ina.

”Kalau awak kena tuduhan khalwat kena bayar RM2k sorang, ada rekod nama buruk. Korang student baik bayar kami. Kita settle cara belakang” – Polis.

Polis bawa Ina ke bank berdekatan. IC Ina dan Man diambil gambar tanda ugutan akan mencari mereka jika dilapor. Ina bayar RM2K guna semua duit PTPTN dan simpanannya.

Man sesen pon tak keluar duit atas alasan dia orang foreigner (orang Sudan), duit biasiswa belum masuk. Malah, keretanya juga kereta pinjam. Ina ditipu hidup hidup.

Selepas kes tersebut, polis sendiri yang menghantar Ina dan Man kembali ke tempat kejadian menjelang pukul 4.15 pagi.

Aku menangis semahunya mendengar pengakuan Ina. Aku jarang menangis sehingga bengkak mata. Allah… Aku tak pernah menduga ini terjadi lagi lagi kami semua dari lepasan sekolah agama.

Sehari selepas kejadian itu, aku ke farmasi mencari ‘pastin0r’. Aku tebalkan muka bertanya kepada ahli farmasi ubat mencegah kehamilan.

Jika Ina hamil, keadaan pasti lebih buruk. Ina minta aku rahsiakan perkara ini dari semua orang termasuk keluarganya. Kejadian berlalu bagai angin lalu kepada orang lain tetapi tidak kepada tunang Ina.

Zaki dapat mengesan perubahan mendadak Ina apabila Ina tidak lagi riuh bercerita dan tiada lagi cerita mengenai Man dalam perbualan mereka.

Zaki, akhirnya mengetahui kebenaran. Ina cinta setengah mati yang khianati dirinya.

Bahkan pengorbanan Zaki tidak sedikit. Zaki beri duit belanja, top up dan sanggup sewa kereta semata mahu berjumpa Ina setiap bulan.

Zaki juga tidak mendedahkan aib malam tersebut kepada kedua belah keluarga. Dari cerita Ina, Zaki seorang hufaz al quran. Akhirnya, tali pertunangan diputuskan jua.

Alasan Zaki mudah, dia belum bersedia berumah tangga. Cincin di tangan Ina, Zaki tak mahu ambil semula.

“Biarlah jadi kenangan bertanda kepada Ina”- itu kata Zaki.

Ketika ini, sekali lagi Ina bagai orang giila menangis siang malam. Tiada kawan yang tahu status dirinya melainkan aku.

Ina hilang semuanya kerana one night stand. Hilang Zaki, Man pula lesap bagai parasit sudah tidak berhubung, hilang duit. Malah Ina hilang permata tak berganti, harga dirinya.

Lepas kejadian itu, Ina giat bekerja part time bagi mencari duit saku. Tiada lagi hujung minggu di rumah sebaliknya jadualnya penuh dengan kerja part time di 2-3 tempat. Pukul 11 malam baru nampak muka Ina. Tido pukul 2-3 pagi menyiapkan assignment.

Kini bertahun berlalu, Ina seolah liar. Dia kembali melayan ramai lelaki, keluar bersama dengan alasan mencari lelaki seperti Zaki. Teringatkan kisah ini, aku sedih dan insaf akan percaturanNya.

Bermula tangkap khalwat, polis yang merasuah akhirnya diri sendiri merana. Satu malam yang disangka indah, habis tergadai semua.

Ya Allah lindungi kami dari perbuatan terkutuk, beri kami taufikMu untuk kekal di jalanMu.

Reaksi warganet

Ummu Shafiah –
Chatting dengan bukan mahram itu pintu ke arah ziina. Percayalah. Kalau tak pandai kawal diri memang telingkup akhirnya.

Anak anak muda patut elak benda benda macam ni. Eh maaf, orang yang dah kahwin dan sesiapa saja pun kena elak.

Melissa Ariff –
Mungkin rezeki bila dikejar ramai lelaki, challenge dia adalah kawal nfsu. Kalau macam aku takde orang kejar, rezeki dia adalah Tuhan lindung aku dari benda macam ni. Alhamdulillah sekurangnya kehidupan terjaga walaupun foreveralone.

Cik Pau Ibrahim –
Minta maaf tak rasa kesian dengan Ina sebab dia lah punca segalanya. Dah ada tunang dok melayan jantan lain bukan orang Malaysia pulak tu.

Rela diri jadi lauk walaupun katanya menjaga aurat dan sedihnya lulusan sekolah agama. Ini semua nfsu tak kira dah tudung labuh ka kopiah besaq bakui ka. Hmmm, harap sempat berubah ke arah lebih baik. #pesananutkdirijugak

Nurul Amiyah Syah –
Rasanya laki Sudan tu tak bayar sebab dia bukan warganegara. Datang sini untuk belajar. Rekod jnayah buruk pun boleh grad dan balik berkerja di negara dia nanti.

Biasa yang datang study Malaysia ni bukan orang orang miskin. Yuran IPTA kita, takde subsidi untuk foreign student. Satu sem dorang dalam 10k-15k di IPTA kita. IPTS tak tahu la berapa pula.

Mohd Nor –
Seperti dialog dalam movie Roh, syaiitan hanya berbisik tapi manusia yang menurut. Salah diri sendiri, dah elok dapat lelaki baik tapi sendiri yang pilih nak layan lelaki lain.

Bila dah kena macam ni, jangan pulak cakap all men are trash. Moga Allah lindungi anak anak family kita dari dosa zina dan seumpama dengannya.

Hilda Nur Hidaa –
Kesimpulannya, jauhi ziina:

1. Tak payah couple atau ada hubungan rapat laki pempuan.

2. Jangan keluar berdua sahaja laki dan pempuan bukan muhrim.

3. Kalau laki start cakap benda tak elok sila angkat kaki wahai pempuan.

4. Elak bersentuhan laki pempuan, walaupun hanya tepuk tampar gurau gurau. Nanti mula lah berpegangan tangan dan ‘hanyut’.

5. Perempuan jaga lah iktilat. Jaga aurat walaupun dalam telefon (vc etc)

6. Jangan pergi tempat sunyi laki dan pmpuan. Sebab akan ada setan datang menghasut.

BACA :“Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu, ingatkan resit rupanya surat! Berderai airmata jantanku, kenapa aku tak baca surat ini 4 tahun dulu!”