Budak darjah 5 pandai cipta coding sendiri buat netizen kagum, bapanya bukan calang-calang orang

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

“Coding” adalah sebuah bidang ilmu menulis kod-kod tertentu yang ditakfsirkan oleh mesin untuk memudahkan pencarian tentang sesuatu.

Namun begitu, bidang ini tidak terlalu menyerlah dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda di Malaysia.

Baru 11 tahun dah boleh jadi programmer…

Budak darjah 5 pandai cipta coding sendiri buat netizen kagum, bapanya bukan calang-calang orang
Namun menerusi hantaran di TikTok Azrul Zafri, semalam lelaki ini memuat naik aktiviti anaknya gemar menggunakan komputer sehingga berkebolehan mencipta coding sendiri.

Bapanya yang terkejut melihat kemampuan anak seakan tidak mempercayai bakat yang ada pada diri Aariz.

Kanak-kanak lelaki itu berkata bahawa teknik pembelajaran coding dipelajari melalui aplikasi YouTube.

Penggunaan kod ‘lua’ menyebabkan dia lebih mudah untuk memahami bidang coding dan menjadikan ia sebagai satu kod bahasa yang mampu diakses dengan cepat.

@azrulzafri Punca anak saya tak suka main bola! 😅😅 #coderlife #nerd #son ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ayah sokong anaknya bermain komputer tapi homework tetap kena utamakan

Walau bagaimanapun, bapa kepada Aariz tetap mengingatkan kepada anak lelakinya untuk melakukan tugasan sekolah.

Mempelajari bidang teknologi sememangnya penting, namun pelajaran lebih perlu diutamakan demi menjamin masa depan lebih cerah.

Selain itu, Bapa Aariz juga mendedahkan sikap anaknya yang tidak gemar bermain bola di luar menjadi punca utama anak genius ini mahir dalam bidang perkomputeran.

“Mantap. Dari kecil lagi dah ada minat as coders“

Video tersebut telah mendapat lebih 200 ribu tontonan sekaligus mencetuskan komen yang positif kepada anak kecil ini.

Terdapat komen yang memuji kepintaran anak kecil ini kerana mempunyai minat yang hebat ketika di usia kanak-kanak

Ada netizen yang sempat berseloroh untuk menghantar anaknya pergi ke kelas tambahan demi mempelajari bidang coding.

BACA: “Tergerak hati balik rumah sebab beg kerja tertinggal, sampai di rumah kereta suami ada lagi, mencurigakan suami tak pergi kerja lagi, bila intai bilik rupanya dia dengan..”