“Doakan Anzalna ya semua”, Tengkuk Anzalna cedera jatuh tandas, minta doa dari peminat

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pelakon Anzalna Nasir kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta selepas mengalami kecederaan akibat jatuh di tandas di kediamannya pada Sabtu lalu.

Rentetan daripada insiden tersebut, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 35, mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk.

“Jatuh di tandas pada Sabtu lalu dan nasib baik suami juga ada di rumah ketika itu.

"Doakan Anzalna ya semua", Tengkuk Anzalna cedera jatuh tandas, minta doa dari peminat

“Sekarang terlantar di hospital kerana kecederaan bahagian leher,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Dendam Aurora itu juga sudah melakukan ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk keputusan kesihatan lebih menyeluruh.

“Saya sudah lakukan ujian MRI tetapi keputusannya belum keluar lagi.

“Apapun doakan saya cepat sembuh daripada kesakitan ini,” ujarnya.

Terdahulu, suaminya, Hanif Zaki memuat naik video memaparkan Anzalna berada di atas kerusi roda selain meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya.

“Akan sentiasa dengan awak. Tolong doakan Anzalna ya semua.

“Semoga diberikan kesembuhan seperti biasa, sayang awak,” katanya dalam ruangan kapsyen

BACA: Berang anak habiskan data internet, ibu tergamak simbah anak dengan air panas