Dalia Farhana didakwa tak boleh ‘move on’ dengan perkahwinan Ubai dan Shila Amzah akhirnya buka mulut beri respon

Oleh DAHLIA MARZUKI

Penyanyi, Dalia Farhana mengakui tidak kisah andai masih wujud cakap-cakap belakang yang mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih yang kini merupakan suami penyanyi popular, Shila Amzah, Ubai.

Jelas Dalia atau nama sebenarnya Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar,

ini kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut orang yang seakan tidak pernah lelah menabur fitnah kepadanya.

Dalia Farhana didakwa tak boleh 'move on' dengan perkahwinan Ubai dan Shila Amzah akhirnya buka mulut beri respon

“Kalau ditanya penat ke tidak, ada satu masa itu penatlah juga bila asyik dikaitkan. Tetapi lepas fasa penat itu, saya jadi macam sudah tak rasa apa. Saya perasan, kalau kita cakap apa pun pada umum, jika orang lain nak terjemahkan dengan cara mereka, tetap jua mereka buat begitu.

“Jujurnya, sekarang ini, saya okey. Maksudnya, okey jika orang nak cakap apa pun, saya tak rimas. Bukan tak penat, tetapi saya pun siapa nak paksa-paksa orang berhenti bercakap?”katanya.

Jelas Dalia lagi, dia tidak menolak kemungkinan netizen yang sering mengaitkan dirinya dengan Ubai adalah golongan yang sebenarnya belum ‘move on’ dengan kisah lama mereka.

“Setengah orang bagi saya ada yang dah ‘move on’. Namun ada juga yang masih belum. Mungkin golongan yang tak ‘move on’ ini sebenarnya suka drama.

“Tak mengapalah, saya tahu untuk ‘move on’ itu memang memerlukan masa. Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan, saya dengan Ubai tak ada masalah.

“Kami dah lama tak bersembang. Tetapi kalau misal kata terjumpa di mana-mana acara hiburan atau sebagainya, saya akan profesional saja,”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai lagu Akhir Cerita, kata Dalia, dia teruja berpeluang berduet dengan Aziz Harun yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang versatil.

Katanya, bersama Aziz, Dalia juga banyak belajar bagaimana untuk menghasilkan penulisan lirik dan ia merupakan satu pengalaman yang berharga buat dirinya.

Untuk info, Dalia pernah menjalin hubungan cinta dengan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sebelum kemudiannya hubungan itu terputus di tengah jalan.

Ubai kemudiannya bertemu jodoh dengan Shila dan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi tersebut pada 5 Ogos lalu.

BACA: Ramai tak tahu rupanya nasi sejuk elok pesakit diabetes berbanding nasi panas