Tahu tak baginda merupakan adinda kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar!
Kalau kita main catur, buah terkuat adalah QUEEN kan ? Moga Agong dan permaisuri agong terus cakna dengan isu dalam negara…
Tak lengkap kalau kita setakat suka dengan permaisuri agong kalau kita sebagai rakyat tidak tahu latar belakang nya..
Tahu tak permaisuri agong merupakan adinda kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar!
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, pada 5 Ogos 1960, merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah dan dibesarkan oleh Tunku Zanariah Tengku Ahmad.
PENDIDIKAN
1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru
1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)
Tun Azizah pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, “Air Tangan Tengku Puan Pahang” dan “Masakan Tradisional Pahang”.
Tun Azizaj juga telah menghasilkan tiga buah buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007 dan buku Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang serta Buku Masakan Tradisional Pahang yang dilancarkan pada 2018.
Susulan pelantikan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kian bermain di bibir rakyat jelata apabila baginda secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru.
Memiliki raut wajah yang manis serta penuh dengan kemesraan dan kaya dengan sifat keibuan, Tunku Azizah merupakan seorang yang sangat berjiwa rakyat dan cukup disenangi rakyat jelata khususnya di negeri Pahang.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang baginda:
1. Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, pada 5 Ogos 1960, merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah dan dibesarkan oleh Tunku Zanariah Tengku Ahmad.
2. Tunku Azizah telah diijabkabul dengan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 6 Mac 1986
Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
- Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
- Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,
- Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP.
- Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
- Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
- Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
- Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
3. Baginda dimahsyurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, dan bukan Sultanah Pahang disebabkan darahnya
Pemasyhuran Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Sultan Pahang yang baharu melayakkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diangkat sebagai Tengku Ampuan Pahang.
Perkara 12A. (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang berbunyi: ‘Raja pemerintah boleh melantik isterinya menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang dengan syarat bahawa dia adalah seorang daripada bangsa Melayu, yang berdarah raja, yang beragama Islam dan perkahwinannya dengan raja pemerintah adalah sah menurut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa perkahwinan itu dilangsungkan.
Gelaran Tengku Ampuan Pahang khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
4. Baginda mendapatkan pendidikan awal di negeri Johor kemudian di Singapura
Pendidikan awalnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Singapura.
PENDIDIKAN
1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru
1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)
5. Tunku Azizah sangat terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan
Baginda pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, “Air Tangan Tengku Puan Pahang” dan “Masakan Tradisional Pahang”.
Baginda telah menghasilkan tiga buah buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007 dan buku Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang serta Buku Masakan Tradisional Pahang yang dilancarkan pada 2018.
Dalam satu temubual bersama media, Tunku Azizah pernah memaklumkan minat baginda dalam bidang masakan antara lain disebabkan dorongan yang diberikan oleh Almarhum ayahanda baginda Sultan Iskandar.
Baginda mula masuk ke dapur seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya dan pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).