“Acik, boleh tak saya dapat nasi percuma hari ni? Mak tak balik lagi, lapar, duit tak ada…”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Dalam keadaan ekonomi sekarang, banyak rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barang walaupun sudah menjalankan dua kerja dalam satu masa.

Seorang peniaga nasi, Nurul Shima berkongsi kisah pelanggan yang masih kecil datang untuk meminta nasi percuma kerana lapar.

Kisah tersebut dimuat naik semula oleh group Facebook, Daily Makan.

“Acik, boleh tak saya dapat nasi percuma hari ni? Mak tak balik lagi, lapar, duit tak ada…”
“Acik, boleh tak saya dapat nasi percuma hari ni? Mak tak balik lagi, lapar. Duit tak ada,” alahai comelnya dia bisik ke kami, segan kot sebab ada pelanggan lain.

Dialah budak sekolah tu yang pernah saya ceritakan beberapa minggu lepas dan datang ke gerai nasi bajet lagi petang tadi 😁.

“Sorang je kat rumah?” tanya saya. Jawabnya ada abang, buat Grab. Ayah tak ada, duduk tempat lain.

Tak banyak pun dia nak, dua bungkus sahaja. Tapi saya bagi tiga bungkus nasi, biar ahli dalam rumah tu pun dapat makan.

Saya dah pesan kat dia, kalau lapar lepas balik sekolah tu singgah gerai ambil nasi.

Teringat pulak kat anak sendiri. Kalau lah dia lapar masa saya tak ada, mudah-mudahan Allah tolong dia.

Rata-rata warganet mendoakan agar peniaga tersebut sering dimudahkan rezeki agar dapat membantu mereka yang lain.

Tak salah berkongsi rezeki mana tahu dengan cara kita bantu orang nanti ada bantuan lain pula tiba kepada kita.

Baca juga: “Suami kantoi dicekup dengan kerani 50 tahun dalam stor, bila segalanya terbongkar, aku pula dipersalahkan, dia yang kantoi dengan janda aku yang salah”