Kecoh penemuan buaya panjang 13 kaki sedang makan manusia di tepi longkang

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sekujur tubuh mayat manusia dijumpai dalam mulut seekor aligator sepanjang 13 kaki, 8.5 inci dalam kejadian di terusan dekat Largo, Florida baru-baru ini, lapor NBC News.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Sheriff Daerah Pinelllas berkata binatang yang dikenal pasti aligator jantan itu telah dibunuh secara ‘kemanusiaan’ selepas dikeluarkan dari air.

Mayat mangsa kemudiannya dijumpai pasukan penyelam sheriff dari laluan air.

Kecoh penemuan buaya panjang 13 kaki sedang makan manusia di tepi longkang

Kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang penduduk tempatan, Jamarcus Bullard yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Jamarcus Bullard berkata dia melihat aligator dan mayat di dalam air di 134th Avenue North pada petang Jumaat (hari kejadian).

“Saya membaling batu ke arah binatang itu untuk melihat sama ada ia benar-benar aligator dan binatang itu kelihatan menarik badan manusia ke dalam air,” katanya.

Tidak dinafikan situasi itu membuatkan Bullard terkedu dan dia mula merakam dengan telefon bimbitnya sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Video yang dikongsinya menunjukkan seorang pegawai Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida sedang mengukur panjang haiwan pemangsa tersebut.

Mangsa telah dikenal pasti secara terbuka pada Sabtu sebagai Sabrina Peckham yang berusia 41 tahun.

Bagaimanapun, punca dan cara kematian masih dalam siasatan.

BACA: Trak Pun Tak Muat, Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Buaya Gergasi
Sementara itu, penemuan tersebut telah menyebabkan beberapa jiran terpinga-pinga dan risau akan keselamatan keluarga mereka.

Salah seorang penduduk, Jennifer Dean memberitahu bahawa anak-anaknya kerap berjalan di tepi terusan berkenaan.

“Jadi ia benar-benar menakutkan,” katanya.

Bullard pula memaklumkan dia sering berjalan di tepi laluan air di sekitar terusan semasa pergi dan balik dari tempat kerja.

Pun begitu, penemuan haiwan tersebut akan membuatkan dia lebih berwaspada pada masa akan datang.

Difahamkan juga, lebih daripada 1 juta ekor aligator tinggal di Florida.

Sepanjang 10 tahun yang lalu, Florida telah membuat purata setiap tahun, di mana kira-kira lapan gigitan aligator yang tidak diprovokasi memerlukan rawatan perubatan.

BACA: Menteri Besar Kedah mempromosi beras wangi RM7 sekilo undang sindiran netizen