“Isteri benci dengan family aku, dengan mak aku dia langsung tak bercakap, bagi dia semua family aku toksik, rupanya ini penghasut yang cucuk isteri aku..”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hi semua!. Tajuk panas bukan? Hihi.Kenalkan nama aku Ikiy. Lewat 20an, Berkahwin, anak 1.

Selalu perempuan yang akan confess, Kali ni biar kaum bapa pula yang meluah.Dah lama terpendam. Biar aku luah di sini. Kalau pendam sendiri pun boleh giila. Hahaha.

Pertama kali maaf kalau luahan aku agak caca marba. Ahhh pedulik la, aku luah jugak!

"Isteri benci dengan family aku, dengan mak aku dia langsung tak bercakap, bagi dia semua family aku toksik, rupanya ini penghasut yang cucuk isteri aku.."

Aku ada masalah. Aku dah berkahwin, tetapi aku anggap aku ni bujang.

Bukan aku anggap, tetapi dari segi isteri aku treat aku.

Isteri aku dari sebelum kami kahwin dia memang home person. Which is memang dia duduk rumah.

Dia ada diploma. Dia ada sijil. Tetapi lepas kahwin dia lagi selesa jadi housewife katanya.

Pendapatan aku lebih dari cukup untuk sara isteri dan anak. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi, nikmat berkahwin.

Cuma untuk shopping setiap bulan tu, tak la. Kalau setakat isteri nak makan luar setiap hari pun aku ok.

Which is memang itulah kenyataanya. Takde masalah bagi aku tang tu. Cuma masalah aku datang bab isteri aku,

1. Dia sangat benci dengan family aku.

Dengan mak aku dia langsung tak bercakap beb.

Bagi dia semua family aku toksik. Dari nenek aku sampai lah adik aku. Semuanya toksik bagi dia.

Selama 2 tahun kami kahwin, Aku boleh kira dengan jari berapa kali je dia bercakap dengan mak aku.

Katanya mak aku narsisis. Bapak aku pula katanya tak bertanggungjawab.

Mak aku independent women. Ada restaurant sendiri. Bapak tiri aku sub-contractor, interior design, landscaper.

Aku datang dari keluarga yang sederhana. Mak aku dari muda lagi dicerraikan, Mak aku kahwin lain.

Hubungan aku dan Bapa tiri baik baik sahaja. Bagi aku bapa tiri aku ok. Takde masalah.

Cuma bagi isteri aku,

bapa aku tak ok,

bapa tiri aku tak ok,

mak tiri aku tak ok,

Mak aku sendiri pun tak ok.

Terpaling betul dan terpaling ok adalah keluarganya sahaja. Yang lain semua toksik. Semua salah. Ada je yang salah di mata dia.

Segala bentuk kesalahan dia akan cari, untuk nampakkan buruk keluarga aku.

Tahun pertama kahwin, aku paham dia selalu nak balik rumah keluarganya. Selalu tu maksudnya setiap minggu.

Setiap jumaat-ahad, mesti nak balik rumah keluarganya. Aku turutkan sahaja. sebab tak jauh pun, 20km+-.

Mulanya aku faham, mungkin tak biasa berenggang dengan keluarga. Tapi makin lama, aku jadi sunyi.

Aku akan hantar dia balik rumah IL, dan aku akan balik rumah sendiri.

Isteri pula tak paham. Aku dah banyak kali explain. Boleh kalau nak balik, tapi beringat la kan dah kahwin.

Aku pun nak masa untuk dating. Masa untuk sama sama bonding kemas rumah, tanam pokok sama sama, kemas laman rumah sama sama.

Tengok wayang sama sama. Tapi tidak, Setiap hujung minggu mesti plan dengan family dia.

Bila aku ckp nak planning dengan family aku pula, Mula la tarik muka.

Aku tak suka macam tu. Aku taknak gaduh, last last aku beralah.

So, setiap minggu akan balik rumah familynya.

Mula mula jumaat-ahad, Tetiba baru baru ni, khamis malam nak balik dah. Sampai isnin pagi baru nak balik rumah sendiri.

Dulu aku selalu juga ikut balik dan tidur di rumah IL.

Tapi bila setiap minggu nak balik, aku jadi tak selesa. FYI, rumah IL aku ada seorang adik perempuan, seorang adik lelaki.

Keduanya aku anggap sebagai adik aku sendiri. Tapi tetap aku tak selesa, sebab aurat dsb.

Bak kata orang, lebih selesa di rumah kita sendiri.

Aku cuba untuk berkomunikasi, aku banyak kali cakap,

“Bukan saya tak bagi balik sana, tapi berpada la.

Kita dah ada anak, saya pun nak juga rasa jaga keluarga kecil kita. Nak juga rasa spend time dengan awak dan anak sahaja..”

Tapi ending? Mesti gaduh. Sampai satu tahap tak bercakap 3-4 hari.

Susah aku nak communicate.

Aku tak pernah marah dia lepas kahwin, even tinggi suara pun tak pernah.

Apatah lagi naik tangan.

Apa lagi yang tak cukup?

Baju? Aku yang bawa pi dobi layan diri.

Padahal washing machine ada je kat rumah. Kenapa tak basuh dekat rumah?

Alasan nya, tak sempat. Aku ikutkan aje.

Masak? Seminggu dia akan masak 1-2 kali sahaja. Selebihnya makan di luar, foodpanda tu dah jadi bestfriend.

Alasan? Tak sempat ada anak kecil. Aku ikutkan aje.

Kemas rumah? Dulu 1 minggu sekali, sekarang 3 minggu sekali. Alasan? Tak sempat.

Ada anak kecil. Aku ikutkan aje. Malas aku nak bertekak.

Btw, aku business sendiri, dalam FnB. Ada FOODTRUCK aku sendiri.

Jadi, aku terpaksa kerja sampai lewat malam. Terkadang 2-3 pagi. Niat aku untuk kesenangan isteri dan anak. Tiada niat lain.

Cuma aku sedih bila setiap kali aku join event, aku bersendirian.

Bila ada event, memerlukan aku untuk pulang lewat malam, lagi seronok isteri aku cipta alasan untuk pulang kerumah keluarganya.

Macam sekarang ni, dah seminggu aku duduk sendiri. Seolah aku bujang kembali.

Aku takut, kalau sendiri, otak bujang kembali lagi. Aku taknak. Aku dah tinggal semua yang lepas.

Cuma bila asyik ditinggalkan, aku rasa kosong.

Bagi aku, baik aku bujang dari berkahwin, tapi rasa bujang?

Sejujurnya family dia memang baik. Ayahnya, penyayang. Ibunya menjaga rumah dengan sangat baik.

Aku penat, sampai baru baru ni aku terdetik, biar jelah dia duduk dengan family dia seberapa lama yang dia nak. Aku jadi semakin selesa duduk sendiri.

Sebab kalau dia ada pun, makan aku yang masak. Baju aku yang basuh.

Apa yang dia nak, dia minta je.

Contoh,

“Malam ni i nk KFC ye..”

“Malam ni i nak starbucks ye..”

“Malam ni kita pergi makan sana ye..”

Sekali makan confirm RM50-100. Sebulan RM2000-3000 untuk makan luar sahaja.

Belum setiap bulan beli grocery yang dia nak masak.

Grocery beli setiap 2 minggu. Sekali beli grocery RM500-1000

Ikan kembung tak nak, Salmon je kalau nak makan ikan.

Belum lagi duit belanja yang aku bagi kalau dia nak beli make up, Nak beli toiletries,

Kalau shopping kat watson, guardian tu sebulan sekali wajib 1k. Tapi sebab itu tanggungjawab aku, aku ikutkan aje.

Aku malas nak gaduh. Kang kalau aku tak bagi, mula la berkerut muka sampai sudah.

Aku penat, kerja sorang. Minta tolong dia untuk sama sama atleast bantu aku support untuk berada di samping aku pun susah.

Better dia balik rumah keluarga nya, bagi dia.

Sampai harini, aku rasa aku semakin selesa duduk sendiri.

Biarlah, kalau panjang jodoh aku, Alhamdulillah. Aku teruskan.

Tapi kalau sampai sini je jodoh aku, Aku dah bersedia..

Bab lain boleh aku tutup mata, Tapi bila bab family aku dia langsung tak suka, aku jadi sedih.

Aku kecewa dia kalau bercakap dengan mak aku langsung tak pandang muka, Katanya nak elak orang toksik.

Entahlah, harap kalau dia dapat yang lain, Boleh la jaga dia lebih baik dari aku jaga.

Insha Allah. Aamin

Sampai saat ini, aku sepi.

Sendiri.

Doakan aku gais!!

Reaksi Warganet

Radin Hazimah –
Bro, berkorban jangan sampai terkorban. Pergi jumpa mak pak mentua tanpa dia, cakap tanya pandangan.

Fokus 1 tahun ni, ubah cara pendekatan nak ubah dia. Tanya pandangan mak ayah dia macam mana nak didik anak perempuan mereka.

Cara nak fight ni banyak, depend pada personaliti. Kalau 1 tahun dah cuba macam macam masih sama, carilah kebahagiaan sendiri

Hidayah Nur –
Beli barang dapo banyak banyak masaknye sesekali je. Alahai.. kalau perempuan macam ni saya pun rase geram je macam dia sorang je yang perfect.

Tapi kalau nak discuss ujungnya bertekak ni susahla bro. Huhu.. sabar ye. Try bincang leklok lagi.

Kalau tak boleh jugak, u try discuss dengan parent dia. Biasa ibu bapa yang baik akan bagi nasihat yang baik baik.

Iqbal Hamdi –
Komunikasi.. itu yang kurang dalam hubungan kamu bro.

Waktu mula mula kawin dulu, ada jugak tabiat yang sama aruwah isteri aku asyik nak balik umah mak dia je.

Tapi aku try ngorat dia. Cakap alaa nanti i nak dating dating manja manja dengan u.. lama lama lembut la hati isteri tu.

Pasal family belah kau, try slow talk. Pasti ada yang tak kena sebab tu dia dingin. Toxic ke tak family kau, hanya wanita sebagai menantu je dapat rasa.

Kita lelaki, dah biasa dengan family sendiri. So tak nampak kalau ada kekurangan.

Pasal makan, ko tak perlu nak bising. Kalau duit cukup, layankan je makan kat luar.

Kalau teringin nak dia masak, try cakap elok elok. So, rumusannya.. KOMUNIKASI.

Saliza Sal –
Dik, semakin Allah uji jaga isteri yang macam nih, semakin bertambah rezeki mu dik…

Perempuan ni bak kata UAI bila dah kawen dengan dia, Bersedia lah dengan malapetaka yang akan di tempuh.

Allah sedang menguji mu dik. Berdoa banyak banyak yer.

Ada orang Allah anugerahkan isteri yang taat, baik… Tapi tak comei.. Ahli keluarganya berantakkan.

Ada orang Allah anugerahkan isteri yang taat, beragama tetapi boros.

Ada orang isteri comei, baik, taat… Tapi tak da anak.

Macam macam dik..Ujian nih. Bersabar yer.

Sedeqah Alfatihah pada isteri dan niat supaya dia lembut hati memahami kehendak suami..

Cuba yeh.. Jangan putus asa.. Perkahwinan masih muda..

Mimie Kifli –
Macam garu kepala baca cerita abang ni…

Entahlah bang, abang laki, abang ketua keluarga. Abang kene tegas dengan isteri abang.

Tapi tulah isteri abang ni pun macam payah jugak sebab dia macam takda rasa tanggungjawab sebagai isteri tu dalam hati dia.

Sebab kalau isteri yang ada rasa tanggungjawab, balik kerja lambat sikit pun dah rasa serba salah dah.

Apatah lagi duduk dengan keluarga lama lama tanpa ada suami di sisi, sebab kita ni isteri.

Susah sangat, abang bawak pergi kaunseling je lah.

Tak pun abang mintak mak ayah dia nasihat kan dia since abang kata mak ayah dia penyayang..

Semoga rumah tangga abang kekal bahagia ye..

BACA: Berang isteri lari angkara orang ketiga, suami nekad penggal kepala kekasih isteri letak depan rumah