Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Setiap hari, nasi dimakan di waktu pagi sebagai nasi goreng atau nasi lemak,
dimakan pada waktu tengah hari sebagai menu utama dan juga dihidangkan pada waktu malam sebagai makan malam.
Jadi, nasi dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Ketika berkumpul dengan keluarga, nasi disediakan mengikut saiz keluarga tersebut.
Jika saiz ahli keluarga kecil, nasi ditanak dalam periuk yang kecil. Untuk kenduri-kendara pula, nasi boleh ditanak di dalam periuk ataupun kawah.
Nasi yang ditanak di dalam periuk elektrik, kebarangkalian untuk rosak mungkin kecil. Namun berbeza jika nasi dimasak dalam kuantiti yang banyak, risiko untuk mentah atau hangit itu mesti diambil kira.
Cara mudah hilangkan bau hangit nasi, jadi wangi semula
Sukatan air yang seimbang dengan beras dan saiz periuk atau kawah perlu tepat. Jika tidak, nasi berpotensi mentah. Apabila terlebih masak pula supaya air menjadi kering, nasi boleh jadi hangit.
@pakman3590 Tips hilangkan bau hangit VOL 2.#masakdirumah #tips #tipsnasi ##nasihangit #tipsmasak #petua ♬ original sound – Pak Man – pak man
Ada ketikanya, jika api dibuka terlalu kuat akan menyebabkan nasi masak dengan pantas dan tanpa sedar boleh menjadi hangit juga.
Daripada luar, nasi mungkin kelihatan okay dan tidak bermasalah. Namun, aroma terbakar pasti dapat ditangkap dengan pantas oleh hidung. Jika dimakan dengan lauk-pauk yang enak-enak pun pasti terasa ada kurangnya.
Lelaki TikTok ajar cara selamatkan nasi berbau hangit untuk berbau wangi
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Pak Man (@pakman3590), berkongsi cara untuk menyelamatkan nasi yang hangit agar kembali wangi.
Pertama sekali, anda perlu mengaul-gaulkan nasi yang baru sahaja dimasak di dalam periuk sehingga nasi yang menghasilkan tekstur berderai.
Apabila nasi sudah berderai, letak beberapa ulas bawang putih yang telah dikupas di atas permukaan nasi tadi.
Selepas itu, tutup periuk nasi dan tunggu dalam masa 15 sehingga 20 minit. Kemudian, anda akan mendapati bahawa bau hangit tadi berkurangan atau hilang. Manakala, nasi akau berbau lebih hangit dan sesuai untuk dimakan.