Suara dan rupa penyanyi ini persis Allahyarham Sudirman, rupanya bapanya bukan calang-calang orang

Oleh AHMAD SULAIMAN

Ahmad Amirul Hafizi bin Ahmad Tadjuddin atau lebih dikenali sebagai Apex Tajudin merupakan seorang penyanyi di Malaysia.

Apex Tajudin memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian selepas menyertai pertandingan nyanyi Mentor Milenia 2019 dan sekaligus dinobatkan sebagai juara.

Apex Tajuddin kini kelihatan banyak meluangkan masa di media sosial miliknya bagi mendekati pemiant-peminat yang setia bersamanya.

Suara dan rupa penyanyi ini persis Allayarhan Sudirman, rupanya bapanya bukan calang-calang orang

Sebelum ini, wajah dan suara Apex Tajudin dikaitkan dengan Allahyarham Sudirman yang sehingga kini tiada siapa dapat menggantikkannya.

“90 Peratus Seakan Sudirman?”

@apextajudin_official Replying to @nazhifqusyairi sy cuba semampu boleh😊 #tributesudirman #fyp #salamterakhir ♬ original sound – ApexTajudin_Official

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik Apex Tajudin yang meraih perhatian ramai.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 378 ribu, tanda suka sebanyak 28 ribu serta hampir 5 ratus komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Apex Tajudin yang sedang menjalankan penggambaran untuk Tribute Sudirman oleh kerana itu gayanya dibuat seakan Allahyarham Sudirman serta Apex Tajudin menyanyikan lagu beliau.

Rata-rata ramai yang tersentuh hati dan terubat rindu kerana masih ada insan yang seakan beliau walaupun tidak 100 peratus sama.

“90/100 seakan Sudirman”

“Takkan kita nak samakan dengan arwah Sudirman, memasing ada identitinya. Yang penting suara sedap didengar. rupa pun seakan sama terubat rindu.”

“Sudirman dalam kenangan, Suara dan perwatakan Apex memang sebijik, kelahiran semula”-kata mereka

Apa-apa pun, semoga industri muzik Malaysia memperbanyakkan lagi dan mengetengahkan bakat-bakat besar yang akan mewarnai industri kita sebagai pengganti yang telah tiada.

BACA: “Mak rasa tertipu bila dah kahwin dengan bapa tiri, masa ajak mak kahwin, bapa tiri tunjuk alim dengan berkopiahnya, sekarang dia ugut santau”