Siapa sahaja yang tak terkejut jika makanan yang sedang dinikmati tiba-tiba ada bendasing yang tidak sepatutnya ada di situ.
Sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang wanita terpotong seleranya apabila kicap yang digunakan
untuk menambah perisa makanannya itu terdapat beberapa ekor lipas yang sudah besar.
Video yang dikongsikan oleh @laylaazli itu menunjukkan wanita tersebut menggoncang botol yang mempunyai beberapa ekor lipas itu ketika sedang makan nasi berlauk.
“Al kisah, kicap ni dah nak habis tapi aku tuang kali pertama kat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang ini ya.
@laylaazli memang ku sumpah kau 7 keturunan lipas tak bole bertelur 😭#fypage ♬ suara asli – Basyirstory – Basyirstory🎭
Aku dah telan nasi 2,3,4 suap dah, kali kedua tu baru perasan syaiton nya lahai. Harap takde pape jadi. Apa-apa update selepas 24 jam,” tulisnya di dalam video itu.
Lebih menghiburkan, pengguna TikTok itu juga meluahkan rasa marahnya secara berseloroh dalam kapsyen video itu dengan ‘menyumpah’ tujuh keturunan lipas tersebut tidak boleh bertelur.
“Kembang tekak oi!”
Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata antara mereka turut loya melihat video berdurasi 11 saat itu.