Tuduhan liwat atas seseorang adalah satu kesalahan qazaf jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi atau pengakuan ikrar orang yang dituduh,
kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Katanya, dalam Islam kaedah yang digunakan ialah bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa atau menuduh,
manakala orang yang dituduh boleh bersumpah terhadap kebenaran tuduhan tersebut.
“Mengikut kaedah itu, orang yang menuduh perlu mengemukakan bukti empat orang saksi yang melihat sejelas-jelasnya perbuatan tersebut.
“Dalam kes rakaman video hanya penolong kepada bukti iaitu bukti mestilah empat orang saksi yang melihat perbuatan tersebut
Yang mereka hendaklah seorang yang adil, tidak buta dan tidak fasik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.