Seorang pelajar lelaki berusia 8 tahun maut tertimpa tembok ketika sedang mengambil air wuduk di Masjid Raya Lubuk Minturun Kota Padang,
Sumatera Barat sekitar pukul 3.09 petang pada Isnin.
Ketika kejadian, tembok berkenaan roboh selepas ia dirempuh sebuah motosikal yang dipandu oleh seorang pelajar remaja.
Insiden menyayat hati berkenaan dirakam menerusi CCTV masjid berkenaan.
Salah seorang individu yang tidak ingin disebutkan namanya berkata, pelajar yang difahamkan bernama Gian itu baru saja menemani temannya membeli makanan ringan di warung sebelah masjid.
Selanjutnya, mangsa dan temannya kembali ke masjid, dan tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi tembok roboh.
“Ketika itu, ada juga yang sempat menjerit minta tolong,” ujar individu berkenaan.
Sementara itu, Pengurus Masjid Raya, Desri mengesahkan yang mangsa tertimpa tembok itu telah meninggal dunia.
“Mangsa memang pelajar kami di TPQ di Masjid Raya Lubuk Minturun. Akibat kejadian ini, mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya.