Ramai tak sangka rupanya ini kisah sebenar bagaimana mesin ATM bermula

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Mesin juruwang automatik atau dikenali dengan nama ATM boleh disifatkan sebagai satu ciptaan paling rumit yang telah dicipta untuk memudahkan urusan harian manusia.

Pada zaman dahulu, sebelum wujudnya mesin ATM untuk kita keluarkan wang,

seseorang perlu pergi ke bank untuk melakukan urusan pengeluaran duit. Apabila wujudnya mesin ATM, urusan tersebut semakin senang.

Ramai tak sangka rupanya ini kisah sebenar bagaimana mesin ATM bermula

Asalkan di kawasan itu terdapat kemudahan mesin ATM, kita boleh mengeluarkan wang walaupun bank sudah tutup.

Ramai percaya, mesin ATM pertama merupakan hasil ciptaan seorang ahli perniagaan rakyat Amerika bernama Luther Simjian.

Sebelum itu, beliau telah mencipta mesin X-ray, kamera berfokus dan basikal untuk senaman. Tetapi ciptaan paling popular Luther Simjian ialah Bankograph iaitu sebuah mesin yang mampu menerima wang mahupun kepingan cek tanpa mengira waktu, siang ataupun malam.

Pada tahun 1960, Luther Simjian berjaya meyakinkan bank New York untuk menggunakan mesin Bankograph hasil ciptaannya.

Bagi meyakinkan para pelanggan yang duit atau cek mereka selamat, sebuah kamera microfilm diletakkan di dalam mesin Bankograph tersebut.

Gambar mereka yang menggunakan mesin itu akan dirakam dalam setiap transaksi yang dilakukan untuk dijadikan sebagai bukti.

Namun, mesin tersebut tidak mendapat sambutan. Hanya pelacur dan kaki judi sahaja kerap menggunakan mesin tersebut kerana mereka tidak mahu berurusan secara bersemuka dengan pegawai bank. Sambutan dingin ini telah menghalang cita-cita Luther untuk mempopularkan mesin ciptaannya.

Pada tahun 1967, seorang lelaki bernama John Sheperd Barron mendapat idea untuk mencipta mesin seakan-akan mesin penjual automatik. Bezanya mesin ini mampu mengeluarkan wang dalam jumlah-jumlah tertentu.

Pada masa ini mesin ciptaan tidak menggunakan kad ATM seperti yang kita seperti hari ini. Ia menggunakan baucar yang dicetak menggunakan dakwat radioaktif supaya mesin tersebut boleh membacanya selain hanya 10 Dollar dibenarkan bagi setiap transaksi.

Mesin transaksi bank pertama di Amerika Syarikat telah dicipta oleh seorang jurutera bernama Donald Wetzel. Mesin yang dicipta Donald menggunakan kad plastik, lebih kurang seperti kad ATM yang kita gunakan pada hari ini tetapi ia menyimpan maklumat akaun dalam benang magnetik yang terdapat pada kad tersebut.

Pada bulan September di tahun 1969, sebuah bank di Long Island telah menggunakan mesin ciptaan Donald ini. Pada tahun 1977, pengerusi bank Citibank telah mengambil risiko besar dengan membelanjakan lebih 100 juta untuk memasang mesin ATM di seluruh bandar raya New York.

Langkah yang diambil Citibank ternyata menjadi titik tolak penggunaan mesin ATM di seluruh pelosok dunia seperti hati ini.

Pada hari ini, mesin ATM ini terdapat di serata dunia. Penggunaannya telah dimudahkan dengan terciptanya kad cip yang mengandungi semua rekod kakaun. Ia memudahkan proses keluar masuk wang tanpa perlu ke kaunter bank.

Baca juga: Tukang masak istana buka rahsia, dedah menu kegemaran Agong dan Permaisuri