“Kerana harta, kakak-kakak aku mula jadi gila, siap bincang macam mana nak bahagi harta bapak, sekali lain pula yang jadi bila mak bersuara..”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Aku Chempaka, umur hampir 40. Bujang, wanita, bekerja professional, anak bongsu daripada 6 adik beradik.

Ibu bapa masih ada. Adik beradik pula semua dah tua (50an ke atas).

Aku cuma nak luahkan perasaan sedih dan geram di sini berkenaan tamakkan harta parents.

"Kerana harta, kakak-kakak aku mula jadi gila, siap bincang macam mana nak bahagi harta bapak, sekali lain pula yang jadi bila mak bersuara.."

Kami 6 beradik, 2 lelaki dan 4 perempuan.

Ibu bapa dah berumur 80an. Masih sihat, alhamdulillah. Sakit sakit sendi tu biasalah, sakit orang tua.

Cuma lately, 2 kakak aku ni asyik sebut pasal harta parents aku saja. Pasal rumah parents aku, duit simpanan parents aku, kereta bapa aku.

3 kakak aku ni kalut sangat nak tentukan siapa dapat rumah dan kereta. Siap dah tetapkan awal awal rumah tu bagi dekat sapa.

Siap tanya aku, aku nak ke rumah tu. Kalau tak, nak bagi dekat abang yang tak berapa hidup senang tu.

Ikutkan mak aku pernah cakap nak aku yang jaga rumah tu sebagai pusaka. Tapi 3 kakak aku ni kalut sangat nak tentukan sendiri rumah tu siapa ambil. Aku ya kan saja sebab malas nak layan giila mereka ni.

Soal duit parents aku. Baru baru ni salah sorang kakak aku tanya aku, berapa duit simpanan bapak aku. Sebab kena bahagikan nanti bila bapak aku takde.

Dia cakap dia syak bapak aku ada ratusan ribu dalam simpanan. Aku jawab, tak banyak pun. Nak bahagi pun tak berbaloi.

So kakak aku ni terkejutlah, sebab dia ingat duit bapak aku banyak sangat.

Dia dengan kakak kakak yang lain dah siap siap decide rupanya macam mana nak bahagikan duit tu. Cuma mereka selama ni sangka duit tu ada dekat setengah juta. Rupanya tak sampai 100 ribu pun.

Berkenaan rumah pulak. Sorang kakak aku ni depan depan bapak aku dia cakap nak bagi rumah tu dekat abang aku nanti bila mak bapak aku takde.

Bapak aku tanya, kenapa decide macam tu? Bapak aku nak abang aku tu berdikari sendiri. Dari muda sampai ke tua pun masih harapkan orang tolong dia.

Kakak aku balas balik nanti rumah tu takde siapa nak jaga. Abang aku sorang tu je yang ada.

Yang aku sakit hati tu, kau dah kenapa cakap macam tu depan bapak yang masih hidup ni. Kau tunggulah kemudian.

Kalau ikut hati aku, jual je rumah tu. Bagi abang aku duduk laki bini pun, nanti rumah rosak ke apa ke, dia asyik call adik beradik, guna ayat simpati dia, minta duit tolong repair. Baik jual je rumah tu.

Tapi sebab aku ni bongsu, suara aku tenggelam.

Mak aku selalu pesan dekat aku. Bab harta ni, adik beradik pun boleh berbalah.

Mak aku selalu pesan supaya aku doa banyak banyak, baca surah al-Kauthar hari hari, supaya adik beradik aku ni tak buat naya dekat aku.

Jujur, aku jadi takut tengok perangai kakak kakak aku ni.

Lain macam tamak, sedangkan mereka dah hidup senang lenang. Duit simpanan juta juta, aset rumah besar.

Ada yang hari hari solat sunat, baca Quran pun, bila bab harta, terus jadi giila. Masa ni aku nampak sendiri busuk hati mereka macam mana.

Aku jadi takut dan jauhkan diri. Aku hidup sendiri, jauhkan diri daripada perangai toxic mereka ni. Sakit hati bila mereka treat parents macam tu bab harta.

Depan depan parents sibuk tetapkan pasal harta parents aku. Lepas tu, acah acah minta ampun pula.

Dekat belakang, sebut lagi pasal harta berkali kali. Tepuk dahi, kerut muka aku dibuatnya.

Jadikan ini pengajaran buat kita.

Aku memang surrender dengan mereka ni. Aku usaha buat side income supaya kumpul harta sendiri saja.

Aku tak nak jadi giila macam mereka. Nauzubillahi minzalik.

Reaksi Warganet

Farah Ant –
Kau register kan parents kau dekat geng melancong orang orang tua. Set aside sikit just in case untuk perubatan.

Duit tu, duit diorang. Untuk diorang nikmati hari tua. Dah 80+ pun…bila lagi nak enjoy?

Waktu muda dah penat bina hidup. Even nak pergi umrah setahun 2 kali pun boleh.

Umi Habiba –
Mak bapak ada lagi yek. Boleh pulak tanya rumah tu nak dapat ke siapa. Takut dengan perangai adik beradik TT.

Elok ler TT menjauh diri. Himpun harta sendiri, beli umah sendiri.

Jangan tak percaya, pasal harta boleh putus saudara. Wailyaminzalik.

Pelik ye. Adik beradik TT orang orang senang belaka tapi mabuk harta.

Elok la tt tak campur urusan dan perangai diorang tu. Menakutkan..

NuRaz Wan –
Ikut je faraid, takde siapa yang teraniaya sepatutnya la.

Kalau nak buat wasiat, yang pasti orang yang boleh terima wasiat tak termasuk yang boleh dinamakan.

Jadi cuma hibah je cara yang ada. Kalau parents nak beri pada seorang anak.

Tapi lebih baik ikut faraid, sebab boleh elakkan pergaduhan adik beradik.

Pada fikiran saya la.

Kak Yong –
Kenapa nk jual rumah tu. Sedih tengok rumah Melayu makin pupus, tanah semua habis jual.

Jangan fikir singkat. Rumah taknak bagi abang, boleh buat homestay.

Duit tu boleh jadi sedekah berpanjangan. Bagi monthly dekat sekolah, masjid, anak yatim.

Kalau jual lama lama orang Melayu langsung takde tanah di bumi kelahiran sendiri.

Harta lain boleh ikut faraid tapi masalah dengan faraid dalam kalangan melayu Masih tak paham tanggungjawab.

Orang yang dapat lebih kene bertanggungjawab ke atas orang yang dapat sikit.

Maksud kalau orang yang dapat sikit hidup susah kene jadi responsibility dia tolong.

Sebaiknya parent hibahkan harta atau kalau dia nampak anak dia hidup senang dah boleh dihibah sedara jauh yang hidup daif.

Korang ni jangan close minded sangat hidup dalam circle family sndri. Ingat sedara jauh yang susah.

Kalau hidup dah stable grab peluang buat pahala sedekah bahagian sendiri dekat orang lain.

BACA: Panas!! Hotel bajet di Kelantan jadi pusat transit untuk pendatang asing tanpa izin dari India masuk Malaysia