Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @afifsukhairi telah memuat naik sebuah video memaparkan baju oleh syarikat fesyen mewah Itali
coraknya terlihat mirip dengan corak pada baju seragam restoran mamak Nasi Kandar Pelita.
Menerusi video tersebut, dia menunjukkan baju mewah jenama Versace itu dengan kapsyen ‘baju Nasi Kandar Pelita’
Dan perkongsian tersebut telah meraih lebih 339,000 tontonan.
Hasil carian di laman sesawang Versace, baju tersebut yang dipanggil sebagai Barocco 660 Silk Shirt itu dijual dengan harga EUR1,100 (~RM5,500).
@afifsukhairi Tudiaaa baju nasi kandar pelita pon ada juai kat VERSACE🤣🤣🤣 #fyp #versace #pelita #branded #apparel ♬ original sound – Afif Sukhairi
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terhibur melihat corak baju jenama terkenal, Versace kelihatan serupa dengan pakaian kerja di restoran mamak.
BACA: Pekerja tapak pelupusan sampah di Pulau Pinang jumpa bom tangan