Baju terbelah Elvina Mohamad buat netizen perasan sesuatu, “buat tak nampak je”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pelakon, Datin Elvina Mohamad, memohon maaf seandainya penampilan ketika Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Menurut Elvina, dia sekadar menggayakan koleksi terbaru dari rekaan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam dan tidak menyangka ia menjadi bualan netizen.

Aktres berumur 27 tahun itu tidak melatah namun mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut.

Baju terbelah Elvina Mohamad buat netizen perasan sesuatu, “buat tak nampak je”

Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam.

Baju terbelah Elvina Mohamad buat netizen perasan sesuatu, “buat tak nampak je”

Dia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Baju terbelah Elvina Mohamad buat netizen perasan sesuatu, "buat tak nampak je"

Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

Elvina berkata demikian ketika sidang media drama Takdir Cinta Dhia terbitan Suhan Movies, di TGV, One Utama, pada Isnin.

Tambah pemilik nama Norzalina Mohamad, berkemungkinan orang ramai tidak menerima gaya fesyen tempoh hari kerana dia sering melakonkan watak wanita lemah lembut di kaca televisyen.

Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu( seksi).

Sekali lagi saya telankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja.

Komen pedas netizen

Sebelum ini, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini menerima kecaman selepas mengenakan pakaian yang dianggap mencolok mata.

Susulan kritikan tersebut, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen selang beberapa minit foto itu dikongsikan di Instagram (IG).

Dalam perkembangan terkini, Elvina bakal muncul dalam drama Takdir Cinta Dhia yang akan ditayang mulai 12 September ini secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima.

Drama yang bergenre crime-thriller ini turut menampilkan barisan pelakon pujaan ramai seperti Datuk Aaron Aziz, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Khalida Balqis dan Nazrief Nazri.

BACA:“Suami hanya akan meniduri aku lepas pulang dari kerja dan tinggalkan aku seperti perempuan langganan, rahsianya terbongkar apabila aku terbaca..”