Kes rogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Mawar sebenarnya diketahui oleh ibu kandungnya.
Menurut peguam Muhammad Ari Pratomo, mangsa dirogol oleh bapa tirinya yang berusia 40 tahun sejak tahun 2020 sehingga April 2023.
Menerusi beberapa siri kejadian di kediaman mereka di Jakarta Timur, Indonesia,
mangsa mendakwa dia juga pernah dirogol bapa tirinya ketika dia sedang tidur.
Mangsa yang tidak tahan kemudiannya mendedahkan kejadian tersebut kepada bapa kandungnya dan meminta agar dijemput dan enggan lagi tinggal bersama ibu serta bapa tirinya.
Apa yang menyedihkan, ibu Mawar sedar akan kejadian itu, namun memilih untuk membela dan mempertahankan suami baharunya, kata peguam itu.
“Kagum ibu kandungnya masih membela suaminya daripada anak kandungnya. Itu yang kami kesal,” kata Ari pada Jumaat.
Laporan polis tentang kejadian itu dibuat pada 16 Mei lalu, namun sepanjang proses perundangan sehingga ke hari ini, ibu kandung Mawar nampaknya tidak membela anaknya.
Malah, bapa tirinya juga masih bebas dan belum ditahan sehingga ke hari ini.