Assalamualaikum admin dan warga krt mohon hide kan profil anak sedara saya sebab saya tak ada facebook.
Saya berumur 35 tahun. Saya berkenalan dengan seorang perempuan. Anak angkat pak sedara saya.
Dia seorang anak yatim piatu. Seorang wanita yang cantik dan solehah. Kami kenal dari kecil.
Dulu perasaan hanya sekadar kawan namun tiba2 perasaan cinta itu muncul.
Aku luahkan padanya kalau aku suka dia. Tak sangka dia terima dan kami terus terang pada org tua. Dan secepatnya kami bernikah kerana usia pun sudah lanjut..
Dengan hanya hantaran 2k dan mas kawin. Kami sah bergelar suami isteri. Kami bahagia, aku sayang isteriku dan isteriku sayang aku..
5 bulan selepas pernikahan isteriku di sah kan hamil. Bahagia nya aku ya Allah. Namun selepas isteriku hamil, dia mula menolak bila aku ajak bersama.
Katanya s4kit. Namun aku tidak peduli. Yang aku tahu dia kena layan aku.. sebelum isteriku hamil pun. Aku selalu minta dia melayanku walaupun dia tengah datang bulan.
Ya Allah berdosa nya aku..Selepas isteriku melahirkan anak. Dalam keadaan lepas berpantang. Aku minta dia melayanku.
Dia menolak kerana ada kesan jahitan namun aku meminta dia melayanku melalui belakang. Dia akur dengan permintaanku.
Aku terlalu sayang isteriku.. pernah sekali isterku mengadu s4kit di bahagian bawah. Aku cakap mungkin s4kit lepas bersalin jadi aku hanya urut2 isteriku dengan minyak.
Selepas isteriku habis berpantang aku rasa ada sesuatu yang aneh pada tubuhnya perut isteriku berlemak. Punggung mengelebar aku mula rasa geli.
Bila bersama, lemak itu bergoyang2. Aku mula kurang sentuh isteriku. Selepas dia melahirkan anak. Badan dia mula mengeluarkan bau semacam.
Kepala dia bau, lemak ketul sini sana. Akhirnya aku kenal dengan seseorang.Lepas kenal gf aku, aku mula abaikan isteriku.
Dia sms aku tak balas, dia call aku tak jawab.Gf ku ni janda anak 2. Walaupun dia janda tapi tidak seperti isteriku anak 1 tapi badan lagi teruk dari janda..
Setelah kami berkenalan agak lama.Akhirnya kami terlanjur. Aku dan gf aku terlanjur.
Dia pandai layan aku berbanding isteriku yang hanya pasang baring seperti batang pisang dan gf aku layan aku bermacam2 bentuk.
Akhirnya aku hanyut dengan dunia aku. Bukan sekadar janda aku kenal tapi anak dara dan isteri orang pun ada.
Aku mula abaikan isteri dan anak aku. Dalam keadaan isteriku hamil aku abaikan dia. Aku dah mula benci tengok mukanya.. aku ada niat nak lepaskan dia.
Pernah sekali aku kantoi ngan isteri aku. Isteriku minta aku lepaskan dia. Dan aku cakap lepas anak lahir aku lepaskan kau. Allahuakbar.
Aku tau aku salah min. Aku tak fikir kan perasaan isteri aku. Aku biarkan dia jaga anak sorang2, bangun malam sorang2 buat kerja sorang2 solat sorang2. Aku dah tak ada perasaan masa tu..
sampai satu tahap aku keluar rumah, aku tinggal rumah awek aku. Isteri aku call semua aku tak angkat siap block dia. Tiba2 ada seorang wasap aku.
Dia cakap isteri aku kat hspital. Aku tak tengok langsung isteri aku.. Keluarga cari aku pun aku tak peduli.
Akhirnya aku dengar dari kawan aku sendiri kalau isteriku keggran dan sekarang isteriku tak sedarkan diri dan dia juga mengidap s4kit rahim tahap 4 dan mungkin tidak dapat diselamatkan.
Penykit nya dah lama tapi dia rahsiakan dari aku dan dia juga tidak menjalani apa2 rawatan sampailah dia pengsan d rumah semasa dia kejar aku dan masa tu aku tolak dia sampai jatuh.
Nasib ada jiran nampak dia pengsan di ruangan parking. Ya Allah bersalahnya aku. Sekarang aku yang jaga anakku. Isteriku masih tak sedarkan diri.
Makan tak boleh, bangun tak boleh, bercakap tak boleh. Tolong doakan isteri aku sedar. Aku nak c1um kaki dia. Aku nak minta maaf ya Allah..
Perkongsian kisah kedua lebih mendebarkan,
Suami mula cr khidmat mgurut sjak aku sakiit sb xckup lyanan batin dr aku
Hi semua. Aku gelarkan myself sebagai Hana (bukan nama sebenar).I don’t know how and where to start the story tapi takpe aku akan cuba ceritakan confession ini dengan sebaiknya dan aku berharap confession ini disiarkan untuk pengajaran semua termasuk akuAku merupakan seorang isteri berkerjaya (senior exec di sebuah syarikat oil & gas) berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak.
Suamiku merupakan seorang manager di sebuah syarikat oil & gas kepunyaan negara (rasanya semua tahu kot). Usia perkawinan kami menjangkau 9 tahun pada tahun ni.
Pada mata kasar dan pada pandangan keluarga aku termasuk keluarganya dan jugak kawan-kawan kami, kami berdua adalah pas4ngan bahagia dan kerap menunjukkan kebahagiaan itu di laman sos**l seperti Instagram / Facebook.
Tapi betul lah orang kata, disebalik bahagia pasti ada terselit duka dan duka itu aku alaminya sejak awal tahun lepas (2019).
Oh ya sebelum terlupa, I came from a good family background tapi dugaan berlaku di hujung2 ketika aku melahirkan anak tunggal ku, ayahku memilih untuk menduakan mak dan berkahwin secara senyap.
Hingga ke hari ini hanya aku dan adik mengetahui mengenai perkahwinan kedua ini tapi merahsiakan daripada mak demi menjaga hatinya.
Dari saat itu hati aku remuk memandangkan aku memandang tinggi ayah sebagai ketua keluarga yang dihorm4ti dan sehinggakan aku set suami pilihan aku harus seperti ayah.
Bila terjadi seperti itu, aku hanya tinggal suami ku untuk menjadi satu-satunya lelaki yang dipercayai dan diharapkan untuk kekal setia dan menjadi suami mithali untuk keluarga kecil kami.
Malangnya semua tanggapan itu meleset. Semuanya bermula pada awal tahun lepas apabila secara tiba-tiba aku mengalami gangguan period dan upon checking with specialist.
Aku disahkan mempunyai cyst yang kecil di ovari dan memerlukn minor laparoscopy to remove. I was admitted to the hspital dan sepanjang berada di hspital, suami menjaga dengan baik dan tiada apa-apa yang ganjil padanya.
Sepulangnya aku dari hspital pada hari keesokannya, kami keluar makan malam bersama seperti biasa dan apabila pulang, while waiting for the lift.
Tanpa disengajakan, anak ku yang selalu bermain games di handphone suami telah memberikan phone itu kepada aku untuk dipegang sementara suami sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta.
From that moment, berbagai notifications telah appear di phone suami especially dari laman social seperti Wechat, Tinder and etc.
Berderau drah aku apabila aku click di bahagian chat ada berbagai-bagai chat di dalam, mostly flirting chat, Aku bingung dan terus menangis semahu mahunya di dalam toilet rumah selepas confront dengan suami untuk jelaskan apa yang aku lihat tadi.
He explains that all these cuma suka-suka sahaja since aku kurang melayani kehendak batinnya dan semua ini dilakukannya pada lewat malam sambil menyiapkan kerja / research paper ketika aku sudah tidur bersama anak.
Aku jadi confuse and bertambah bingung since apa maksud nya sebagai kurang sedangkan sebagai isteri berkerjaya,
aku masih melayani kehendaknya almost every day walaupun ada sehari dua aku knock down early sebab letih dengan kerja ofis.
Masihkah aku dianggap kurang melayani sehingga memilih untuk flirting chat?
Selain dari flirting chat, aku mula menjadi penyiasat tegar di mana sebelum ni aku begitu jujur dan setia tidak spot check langsung handphone suami demi 100% percaya.
Aku mula menceroboh email nya, WhatsApp web demi mencari bukti walaupun in the end, bukti itu hanya meremukkan lagi hati aku.
Ada setengah chat yang aku jumpa untuk request girl for massage in which bila aku confront again, he told me “oh pegi massage saja2 sebab dier urut best.. takde request lebih pun. Lagipun kawan yang recommend”.
Apakah perasaan isteri yang lain sekiranya ini jawapan suami anda? Aku sukar mempercayai untuk sekadar massage tanpa lebih -lebih knowing the nature of the business.
Sehinggakan aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan dan request sendiri girl yang suami pernah request untuk massage, tahu apa jawapan owner tempat massage tersebut?
“Sorry.. sorry.. sini takde massage untuk perempuan” and terus menutup pintu. Aku sempat menjeling ke dalam dan memang suasana sangat gloomy and dark and semua pelanggannya memang lelaki.
Air mata aku berjurai dengan lajunya sambil menuruni tangga, sambil merasa kejamnya Tuhan pada aku menurunkan ujian sebegini di saat aku memilih untuk setia tanpa cur4ng kepada suami dari hari pertama perkahwinan kami sehingga ke saat itu.
Hari hari yang berlalu sememangnya memberi tamparan hebat kepada aku dan aku menjadi paranoid.
Setiap tingkah laku suami mula menjadi perhatian aku sehinggakan jika suami stay up lewat malam menyiapkan kerja / research paper (suami ku juga masih belajar untuk phD)
Aku akan jadi cuak dan berdebar-debar mengenangkan adakah suami akan flirting chat seperti dulu.. Sungguh trauma tu membuatkan aku tak nyenyak tidur dan ini berlarutan untuk beberapa bulan.
Aku umpama penyiasat persendirian yang akan check aktiviti suami setiap hari dan sesungguhnya semua tindakan aku ini akhirnya memakan diri sendiri.
Aku disahkan mengalami anxiety disorder dan memerlukn khidmat kaunseling psikiatri (tanpa mengambil ubat) untuk menenangkan diri.
Di hadapan Dr Psikiatri aku menangis semahu mahunya tanpa dia bertanyakan apa-apa soalan. It was such a relief walaupun in the end nasihat Dr itu lebih kepada supaya aku mendekatkan diri kepada Tuhan dan jangan menyalahkan diri sendiri.
Kesan dari anxiety disorder, aku mula mengalami gejala physical antaranya :
1. Rasa kebas di seluruh badan – sehingga pernah admit di w4d untuk berjumpa pakar saraf dan menjalani ujian saraf untuk mengesan sebarang abnormal. In the end result nya, aku sihat dan normal dan ianya cuma perasaan aku.
2. Rasa kering tekak dan mulut – aku ingatkan aku menghidapi peny4kit serius kerana ia berlarutan for almost 3 months ++.. In the end, resultnya tetap sama, aku sihat dan normal.
Sesungguhnya semua ini sangat menyeksakan jiwa dan aku sangat bersimpati dengan anak tunggal aku yang terpaksa menghadapi semua ini di mana mood swings aku yang boleh hadir secara tiba tiba.
Dan aku pernah rasa nak throw him from level 8 of our house bila dier cuma bertanyakan soalan yang simple sahaja.
Begitu besar impaknya kepada aku untuk melalui dugaan Tuhan ini dan mujurlah lama kelamaan aku belajar untuk memujuk hati dan akhirnya pulih dari anxiety disorder pada hujung tahun lepas.
Aku memilih untuk tidak lagi mengambil tahu aktiviti handphone suami setelah dier bersungguh-sungguh meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya kembali.
Walaupun kepercayaan itu tak mampu aku kembalikan 100% seperti dulu, tapi aku biarkan kepercayaan itu ada demi anak aku dan perkahwinan ini.
Semoga Tuhan merahm4ti perkahwinan ini dan semoga aku terhindar dari perasaan untuk membalas dend4m atas semua yang telah suami lakukan kepada aku.
Setiap hari suara-suara dari dalam asyik mempeng4ruhi aku untuk membalas dend4m, namun cepat2 aku ingatkan kembali status aku sebagai isteri dan ibu kepada anak lelaki di mana perlakuan itu sangat la against the norm.
Kepada suami, I’ve suffered this a lot inside alone and I healed myself because of I choose to heal it demi sayangnya saya pada awak dan anak.
Semoga peluang kedua ini tak disiakan kerana saya takut sekiranya suatu hari nanti saya tak mampu nak pandang awak dengan rasa cinta sebagaiman saya selalu pandang awak dulu dengan penuh rasa sayang dan cinta yang mendalam sebagai ketua keluarga dan pelindung saya dan anak.