Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
Baginda telah mangkat pada pukul 6.53 pagi tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim memaklumkan,
jenazah Almarhumah yang juga bekas Raja Permaisuri Agung akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, selepas waktu Asar.
“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat bersamaan dengan 8 September 2023.
“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.
“Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dalam tempoh hari perkabungan,” katanya dalam kenyataan hari ini
BACA: Rupanya ramai tak tahu YDPA Agong ada isteri kedua, ini kisah Julia Rais seorang pelakon terkenal!