“Bekas suami menangis sebab terjatuh talak 3, ‘cina buta’ je cara untuk kami bersatu kembali, lepas dapat pak sanggup lain jadinya lepas dapat gambar”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bekas suami ada sorang kawan yang sangat rapat dengannya, dorang pun mesra dengan panggilan adik dan abang.

Abang dia ni dah ada isteri dan anak anak. Kami bincang untuk dapat keputusan siapa yang kami nak minta tolong.

Bekas suami tak sanggup serahkan saya pada orang bujang sebab takut nanti dia tak nak lepaskan saya.

"Bekas suami menangis sebab terjatuh talak 3, 'cina buta' je cara untuk kami bersatu kembali, lepas dapat pak sanggup lain jadinya lepas dapat gambar"

Jadi kami pilih abang dia tu untuk minta tolong. Bekas suami ceritakan semuanya pada abangnya iaitu kawan baiknya.

Pada mulanya mesti la dia tak bersetuju, tapi katanya dia kesiankan adiknya (ex saya) dia akan cuba tolong.

Dia mintak bekas suami hantar gambar saya sebab dia nak tengok.

Bila dah hantar gambar, dia mintak no fon saya pula. Katanya nak bercakap sendiri dengan saya.

Lupa nak bagi tahu abang ni berumur 40 lebih. Hari ni dia minta no fon saya dan esoknya dia call saya untuk bercakap tentang ni.

Bila dia dah mula call saya, dia macam dah jatuh hati dengan saya. Jadi dia selalu call saya dari pagi, petang sampai malam.

Bekas suami sangat hormati abangnya ni jadi dia pesan dekat saya, cakap baik baik dengan abang.

Lepas 3 hari dia asyik call saya dia nak jumpa saya, nak tengok depan depan.

Bukan jumpa berdua, dia suruh bekas suami saya bawak saya jumpa dia.

Lepas jumpa tu dia jadi lagi teruk, dia cakap tak sabar nak kahwin dengan saya.

Dan pada saat ni saya mulai perasan bekas suami saya sedang terluka. Saya tak sampai hati tengok muka dia macam tu, saya tak pernah rasa nak sakiti hati dia apa lagi melukai hatinya.

Saya tak sanggup tengok dia macam tu. Saya tanya dia cemburu ke.

Dia jawab mesti la dia cemburu, dia kata abang tu dah melebih lebih sangat.

Saya ambik keputusan saya tak nak kahwin dengan abang dia tu sebab saya tak sanggup tengok bekas suami saya terluka.

Jadi sekarang kami masih bingung memikirkan apa yang harus kami buat.

Sampai satu tahap saya rasa dah tak berdaya lagi nak hadap semua ni saya bagitau bekas suami, biarlah saya pergi jauh dari hidup dia, biarlah dia cari orang lain gantikan tempat saya.

Tapi dia menangis dia cakap bukan mudah nak cari pasangan hidup yang boleh serasi dan boleh faham diri kita. Saya kata belum cuba belum tahu.

Dia tak tahu mungkin dia akan dapat yang jauh lebih baik dari saya, tapi dia tetap menangis dan cakap yang tak semudah tu.

Esok tu dia balik rumah dan menangis nangis pegang tangan saya. Sambil suruh saya janji jangan pergi dan jangan hilang dari hidup dia.

Saya tak kuat bila tengok dia menangis.

Dia kata dia akan cari juga cara supaya kami akan bersatu kembali.

Saya nak minta tolong warga FB, tolonglah doakan kebaikan untuk kami berdua. Tolong doakan semoga Allah permudahkan urusan kami.

Kami pasangan yang setia antara satu sama lain, tak ade orang ke-3, kami tak pernah berpisah.

Di mata family dua dua belah saya dan dia semua anggap kami pasangan sweet sebab kami tak pernah bergduh depan orang.

Saya sangat menjaga maruah dan air muka suami.

Tapi siapa sangka, siapa menduga, Allah tak uji kami dengan orang ke-3 tapi Allah uji kami macam ni.

Ya Allah beratnya dugaanMu pada kami. Tengah solat pun air mata saya mengalir, tak boleh tunggu selesai solat dah.

Sungguh kami sangat tersiksa sekarang ni.

Saya sangat takut nak melangkah ke dunia luar dengan membawa tittle janda. Saya takut sangat sangat dengan gangguan dari lelaki.

Saya tak suruh kalian percaya tapi saya tak macam umur 30 lebih. Bila saya pergi mana mana, orang ingat saya masih anak dara.

Saya tak pernah berbangga dengan anggapan orang, tapi saya rasa takut.

Cukuplah kalian tahu yang saya tak macam orang lain, saya seorang yang pendiam dan sangat pemalu.

Dengan suami pun sampai sekarang saya masih ada perasaan malu apa lagi dengan orang luar.

Maaflah andai ada ayat saya yang berterabur atau ada yang susah nak faham.

Saya taip ni sambil menangis, saya dah tak mampu nak pendam.

Saya luahkan sedikit dari kisah saya dengan harapan boleh mengurangkan walau sedikit beban dalam jiwa yang sedang gelora ni.

Semoga ada sinar bahagia untuk kami berdua..

Reaksi Warganet

Dina nadiah –
Sebab apa talak 3 apa puncanya ex lafaz talak 3. Ni nak pandai pandai sendiri nih dah tu tak tahu apa nak buat main suka suka nak nikah jadi cina buta mana ada cina buta dalam lslam.

Sepatutnya pergi mahkamah untuk sahkah status nya…

Ikut suka jer apa hal. Masa lafaz tak pikir akibatnya ingat main pondok ke. Bila dah sedar dah lafaz makin binggung. Sedih bagai.

Sebagai pengajaran si suami jangan suka suka main dengan lafaz cerrai ni.

Sally jinta –
Setahu akak la, pergi dulu ke pejabat agama buat pengesahan samaada talak tu jatuh 1, 2, atau 3. Bukan kita diri sendiri yang mengesahkan.

Benda ni mana leh suka suka hati sebab bila dah terlerai ikatan kena ada pengesahan, iaitu surat cerrai.

Dan bila nak nikah baru surat cerrai tu kena ada untuk dapatkan surat nikah baru.

Kalau tak ada pengesahan dari mahkamah. Macam mana dapat sijil tu untuk mengesahkan status awak. Malu pada Allah, kita ada peraturan dan hukum hakam.

Jaga aib memang perlu. Tapi jaga hubungan halal dan haram itu wajib. Harap faham….

Caravan melaja –
Mana ada jatuh talak 3 dengan satu kali lafaz. Kalau pun suami sebut, ‘aku ceraikan kau dengan talak 1000’, tetap yang jatuh adalah talak 1. Rujuk tulisan mufti Perlis.

Punca kepada semua keributan ini adalah sebab pasangan ni tak nak ke pejabat agama.

Benda senang boleh settle, dah terpaksa gadai diri untuk kahwin dengan orang lain. Malu bertanya, bdoh jadinya.

Norman kairi –
Rasanya salah cara sis tu. Setahu saya cara macam tu dianggap sebagai cina buta dan dalam Islam tak ada istilah cina buta, berd0sa.

Maaf jika saya salah sebab saya pun hamba Allah yang hina dan jahil.

Cara yang terbaik adalah lebih baik sis pergi pejabat agama, rujuk pada yang pakar.

Jika takdir tak menyebelahi sis. Jangan risau untuk teruskan kehidupan bersama dengan anak anak kerana Allah tu sentiasa ada untuk hamba hambanya.

Takdir Allah adalah yang terindah, dunia hanyalah sementara, akhirat alam yang kekal abadi.

Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan sis dan moga sis di berikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan, inshaAllah.

BACA: Berkat dengar cakap ibu, pemuda ini raih pendapatan RM100,000 dengan hanya jual baju