Krew restoran terkenal bancuh air oren dalam baldi mop undang kemarahan netizen

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Sebuah restoran terlibat dalam skandal kebersihan makanan selepas seorang pekerja

Didapati mencampur air paip ke dalam besen mop lantai yang dipenuhi jus oren.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, Restoran Tianye yang berpangkalan di Wenzhou,

Krew restoran terkenal bancuh air oren dalam baldi mop undang kemarahan netizen

wilayah Zhejiang memohon maaf selepas berita insiden itu tular.

Video yang dirakam pelanggan memaparkan pekerja restoran itu meletakkan periuk berisi jus oren pekat ke dalam besen yang digunakan untuk mencuci mop lantai lalu menambah air paip.

Kelihatan sebatang mop dan penyapu tergantung berdekatan mesen itu, manakala sebuah tong sampah yang sudah penuh kelihatan di lokasi kejadian.

Apabila pekerja itu menyedari dia dirakam, dia terus menuangkan jus oren itu ke dalam bekas hidangan, manakala beberapa pekerja lain cuba menghentikan rakaman.

Dalam satu kenyataan pada 26 Ogos lalu, Restoran Tianye menyalahkan insiden itu atas kekurangan penyeliaan dan gaya pengurusan yang santai di cawangan terbabit.

Pengurus restoran telah diturunkan pangkat manakala pekerja yang terlibat digantung kerja dan ditempatkan dalam program latihan kebersihan makanan

BACA: Tersalah cabar lawan, lelaki Iban ‘knockdown’ awang hitam dengan hanya dua kali tumbukan buat netizen puas hati