“Ya, saya sudah bercerai tiga tahun lalu. Saya pun tidak ingat secara terperinci.
“Benda tidak best (seronok), tidak perlu ingat,” luah pelakon cantik gebu ini
ketika ditemui pada acara Anugerah TikTok 2023, malam ini, memetik Kosmo!Online.
Menyimpan kemas hal peribadi, akhirnya pelakon Dottie mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami Mohd. Haffis Abu Hassan, sejak tiga tahun lalu.
Enggan mengingati kisah lampau, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Mazni Abd. Razak mengakui terlupa banyak perkara berkenaan sejarah perkahwinannya yang singkat.
Ditanya sama ada sudah bertemu orang baharu, bintang filem Dottie itu menegaskan belum terlintas untuk kembali berumah tangga.
“Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tidak bercerita.
“Buat masa sekarang saya mahu bergembira terlebih dahulu. Belum sedia nak cari pengganti,” jelas Dottie yang sudah 13 tahun dalam industri seni.
Dottie mendirikan rumahtangga dengan Haffis pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sebelum ini timbul desas-desus kemelut hubungan mereka yang didakwa tidak sehaluan apabila tiada lagi gambar bersama.
BACA :Berkat dengar cakap ibu, pemuda ini raih pendapatan RM100,000 dengan hanya jual baju