Paksa Pesakit ‘Discharge’ Sebab Tiada Katil Murah, Lelaki Kesal Hospital Swasta ‘Pilih Bulu’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap layanan sebuah hospital swasta yang didakwa ‘pilih bulu’

kerana polisi insurans miliknya hanya melayakkan dia dan isteri diberi katil murah berbanding premium.

Gara-gara itu, isteri lelaki berkenaan disuruh mendaftar keluar kerana tiada katil disediakan dan hanya bilik premium masih mempunyai kekosongan.

Paksa Pesakit ‘Discharge’ Sebab Tiada Katil Murah, Lelaki Kesal Hospital Swasta ‘Pilih Bulu’

Saya diberitahu berdasarkan medical card isteri saya, isteri saya hanya layak untuk katil dengan harga RM150 (4 bedded) dan tidak ada kosong tetapi bilik premium yang berharga RM650 masih ada kosong.

Kalau saya setuju, saya perlu tanggung kos tersebut, jika tidak, perlu tunggu bilik biasa kosong atau isteri saya perlu keluar dulu dari wad.

Malah, apa yang lebih dikesalkan apabila pihak hospital memaksa dia untuk mengeluarkan isteri pada jam 2 pagi sedangkan pesakit masih dalam unit kecemasan hanya disebabkan tiada katil.

@farqhan.com sampai hati#CapCut ♬ Sad Piano Music Instrument – Musik Instrumen

Komen TikTOk

Saya berkeras, kalau isteri saya keluar sekarang, keselamatan dia tak terjamin. Korang bayangkan tengah malam suruh pesakit keluar, alasan katil murah tak ada, yang mahal je ada. Saya buat keputusan untuk tunggu sampai pagi dan jumpa doktor pakar.

Ujar lelaki itu lagi, hampir terjadi pergaduhan apabila pihak hospital mendesaknya untuk membawa isteri keluar dan dia juga telah diberikan bil sebanyak RM850 dan perlu dibayar ‘on the spot’.

Berikutan tragedi itu, lelaki berkenaan meminta orang ramai di luar sana untuk membeli insurans yang lebih mahal agar tidak mengalami situasi menjengkelkan seperti itu.

Saya tak tahulah hospital sekarang ni dia jual perkhidmatan kesihatan ke atau pilih bulu. Lain kali korang nak beli insurans, beli yang mahal sikit.

Difahamkan, lelaki itu diminta untuk hadir ke hospital swasta yang berlokasi di Ampang berkenaan setelah dinasihati oleh doktor dari Larkin.

BACA: Azhan Rani dedah kenapa belum berkahwin walaupun umur cecah 50 tahun, alasannya buat ramai terkejut