” Sedapnya Aiskrim!” Pakat Buat ‘Live NPC’ Di TikTok, Cara Minta Sedekah Alaf Baru?

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sejak kebelakangan ini, muncul ‘trend’ terbaru di TikTok di mana pengguna aplikasi tersebut sakan menjadi

‘Non-Playable Character’ (NPC) di mana mereka akan memberi reaksi berdasarkan ‘gift’ yang diberikan oleh penonton.

Jika sebelum ini, ‘trend’ tersebut hanya popular di luar negara,

” Sedapnya Aiskrim!” Pakat Buat ‘Live NPC’ Di TikTok, Cara Minta Sedekah Alaf Baru?

nampaknya ia juga sudah semakin diikuti pengguna TikTok di Malaysia terutamanya mereka yang bergelar TikTokers dan pensohor media sosial.

Sebagai contoh, pengguna akan meniru karakter anime ataupun robot dan dipercayai berjaya mengaut puluhan ribu ringgit berdasarkan ‘gift’ ketika ‘role play NPC’ itu dilakukan di TikTok.

Namun begitu, ‘trend’ tersebut menerima pelbagai reaksi dan menuai pendapat netizen yang merasakan ia seperti perbuatan mengemis di alaf baru.

Sebab TikTok bagi orang duit banyak, mungkin itu faktor wujud content, live yang bukan-bukan. Orang normal berlakon gila, begitulah kehidupan sekarang buat apa saja nak cari duit.

Kata netizen, pengguna aplikasi tersebut seolah-olah menjual maruah diri kerana terpaksa berkelakuan tidak senonoh bagi mendapatkan wang.

“Tak apalah gaji sikit, daripada jual maruah mengemis duit kena jadi orang bodoh macam ni” ulas seorang netizen.

BACA: Kini Malaysia Airlines beri kelonggaran kepada penumpang, boleh bawa makanan sendiri