“TERUK sangat, teruk sangat jalan raya kami, banjir Tuanku.”
Begitulah aduan seorang wanita secara terus kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Dalam video yang tular di media sosial semalam, wanita itu difahamkan mengadu kepada Agong yang sedang memandu
perlahan menyantuni rakyat yang menunggu keberangkatan baginda dari Lapangan Terbang Tawau ke hotel penginapan.
Baginda dan Raja Permaisuri Agong kini dalam lawatan Jelajah Kembara Kenali Borneo, dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.
Video yang dimuat naik di laman Instagram @sabah.info itu meraih komen dari netizen yang rata-rata mengecam pemimpin, menteri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri itu.
Lihat siaran ini di Instagram
Ada juga yang berkata dengan cara sebeginilah baru akan ada tindakan. Tidak kurang juga yang berkata mereka menunggu laporan dan kemas kini dari daerah-daerah lain pula.
Menurut pengalaman penulis yang pernah memandu di beberapa bandar di Sabah dari Kota Kinabalu hingga ke Tamparuli, Kundasang, dan Ranau, setuju dengan sentiment bahawa jalan raya negeri itu kurang memuaskan.
Sayang sekali kerana Sabah sebuah negeri yang cantik, bersih, dan mempunyai rakyat yang mesra, tetapi pengalaman kita melancong ke sana ‘dirosakkan’ oleh keadaan jalan raya seperti permukaan bulan.
BACA:Patutlah ada ‘aircond’ bukan main kuat depan pintu shopping mall, rupanya ini fungsinya