Wanita Sanggup Belajar Melalui YouTube Cara Sambut Bayi, Tak Nak Doktor Lelaki Tengok Aurat Masa Bersalin

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Siapa sangka di abad-21 ini masih ada wanita yang tidak mempercayai dengan perubatan moden

Dan sanggup mengambil risiko yang mampu membahayakan bayi dengan mempelajari cara bersalin melalui platform YouTube saja.

Seorang wanita yang berasal dari Ipoh, Perak dikenali sebagai Nur Asiah, 40, berkata

Wanita Sanggup Belajar Melalui YouTube Cara Sambut Bayi, Tak Nak Doktor Lelaki Tengok Aurat Masa Bersalin

Dirinya rela melahirkan dua orang cahaya matanya di rumah berbanding melahirkan mereka di hospital kerana bimbang disambut doktor lelaki yang akan melihat auratnya.

Bukan itu saja, malah wanita itu enggan menggunakan ubat-ubatan moden yang didakwa boleh menjadi punca berlakunya komplikasi semasa melahirkan bayi.

bersalin tengok youtube

Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga.

Katanya lagi kepada pihak Kosmo, dia tidak melakukan pemeriksaan berkala di klinik kerajaan dan hanya pergi ke klinik swasta dua kali untuk mendapatkan rekod kesihatan ibu untuk pengesahan usia kandungan.

Lebih teruk, dia melahirkan kesemua anak-anaknya di rumah tanpa mendapatkan sebarang vaksin buat mereka biarpun telah dikunjungi oleh petugas kesihatan.

BACA: Hati-hati dengan 35 aplikasi bahaya ini, mungkin ada di handphone anda