Sejak jiran sebeIah rumah ni pindah, dia langsung tak tegur aku.
Nampak pemalu sangat, sehinggalah suami aku cakap orang sebeIah peramah.
Dengan aku tak pernah tegur tapi dengan suami aku terlebih peramah.
Satu hari masa aku tengah sidai baju, aku dengar dia ajar anak-anak aku panggil dia MAMA..
Assalammualaikum semua kenalkan aku Ira, bukan nama sebenar. Aku nak kongsi dengan korang cerita sadis aku menghadap seorang jiran perempuan yang aku kenalkan sebagai Fara. Nama sebenar?
Ya, nama sebenar! Masih muda dan belum berkahwin. Cantik ke tak? Jujurlah aku cakap memang tak cantik langsung. Perangai dia yang menyeramkan sampai melibatkan suami dan anak-anak aku. Kes yang tak sampai sebulan kau kenal dia, dia dah mula menunjukkan perangai dia yang sebenarnya.
Yang bakal aku ceritakan ni adalah apa yang telah berlaku tak sampai sebulan aku dan dia berjiran. Tak extreme pada mulanya tapi lebih menyakitkan hati aku sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga anak kembarku. Oh ya sebelum aku meneruskan penceritaan aku seorang ibu kepada tiga kembar lelaki dan dalam fasa perkahwinan yang bahagia, tenang, dan aman damai.
Aku memang bersyukur dapat suami yang sangatlah baik dan bertanggungjawab. Disebabkan aku tak betah untuk ada pengasuh bagi menjaga ketiga tiga kembar aku, maka aku sudi menjadi surirumah sepenuh masa ketika kembar aku menginjak 4 tahun.
Sebelum tu aku berkerja sebagai pembantu kewangan di sebuah syarikat swasta. Oleh kerana suami mampu menyara kehidupan aku dan anak-anak, maka aku rela melepaskan jawatan yang telah aku sandang hampir 5 tahun.
Itu pun atas permintaan suami untuk aku menjaga putera-putera kami. Aku takdelah duduk rumah goyang kaki saja adalah jugak aku buat kerja tambahan untuk menolong suami dan membuang masa aku. Macam biasa suami okay dan hanya menurut apa sahaja kehendak aku.
Sudah beberapa tahun jugaklah aku menetap di rumah aku yang sekarang ini sebelum wujudnya ketiga-tiga kembar aku. Nak dijadikan cerita suatu hari rumah kosong di sebeIah rumah aku bakal didiami orang. 1 tahun jugak rumah tu tak berpenghuni.
Sebelum ni tuan rumah tersebut yang tinggal di sana tetapi suatu hari dia berhasrat mahu menyewakan sahaja rumah tersebut sebab katanya dia mahu berpindah ke rumah barunya. Memang jiran lama aku ni memang banyak giIa rumah.
Baik pun baik dan tak berlagak langsung. Anak-anak dia pun semuanya lelaki disebabkan itulah kita orang memang boleh ngam dan banyak bercakap akan hal anak-anak. Memang aku senang lah dapat jiran macam dia.
Tak lama sejak jiran aku yang super baik tu pindah, rumah tu kembali didiami oleh seorang perempuan muda. Semua kerja kat rumah tu dari urusan pemindahan barang-barang rumah dia semuanya dia yang settlekan sendiri.
Aku memang tak nampak langsung ada orang lain selain dia yang membantu dia untuk settle kan semuanya. Aku pun macam wow lah kejap dengan budak perempuan ni. Ye lah muda lagi dah pandai berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Atau mungkin dia dah tak ada sesiapa. Fara ni dia berhijab orangnya memang nampak baik la budaknya. Aku jadi serba salah pulak tak tolong dia tapi mengenangkan betapa lasaknya anak-anak kembar aku maka aku lupakan sahaja.
Untuk hari kedua dia bergotong royong mengasingkan segala barangan dia, memang dia seboleh akal taknak aku tolong dia. Katanya tak nak menyusahkan aku dan dia boleh handle sendiri. Aku pun apa lagi pelawa dia untuk makan tengah hari di rumah.
Puas jugak aku nak pujuk dia makan kat rumah aku. Bukan apa aku kesian tengok dia seorang diri berkemas. Mengangkat itu ini, dari segala rak, laci, dan segala peralatan di rumah hanya dia seorang diri sahaja. Fara ni orangnya sangatlah pendiam.
Memang susah lah aku nak dengar dia bersuara. Memang tak banyak cakap langsung orangnya. Sangat pendiam yang mana bila kita tanya dah makan ke dia akan jawab “dah” saja. Bila aku tanya lagi dulu duduk mana dia pun menjawab sepatah saja “Shah Alam.”
Dia nak tegur aku nak tanya aku apa-apa memang tak ada langsung. Nampak aku siram pokok bunga kat luar pun dia buat tak tahu saja. Takdenya nak tegur hi akak ke apa ke. Dia buat tak nampak saja aku ni. Bila laki aku balik kerja aku cerita lah kat dia pasal si Fara tu.
Laki aku pun cakap benda yang sama mungkin ambil masa jugak untuk dia buang rasa malu tu. Aku tanya laki aku kalau aku nak ajak dia datang rumah pelawa dia makan kat rumah okay ke? Suami aku okay saja tapi dalam pada masa yang sama dia macam ada trust issue dengan orang yang dia tak berapa nak kenal.
Tapi aku okay saja takde la nak fikir apa sangat kan masa tu. Aku anggap dia pemalu saja la orangnya. Tapi.. apa yang aku anggap tu tak bertahan lama bila mana pada suatu pagi yang tak berapa nak indah, laki aku ketika itu tidak bekerja dan aku menyuruh beliau untuk membuang sampah.
“Yang. Peramah semacam ye budak perempuan sebeIah rumah kita ni. Dia nak try abang ke? Al maklum lah…” Bila aku dengar saja laki aku cakap macam tu, seperti ada satu kuasa yang datang menuntut untuk aku siasat sejauh mana kebenaran yang laki aku bentangkan sebentar tadi.
Laki aku ni pun satu hal boleh lagi dia nak perasan dia masih handsome. Tapi memang handsome lagi pun. Itu kadang-kadang aku risau dibuatnya. Sudah la anak dara bujang berjiran sebeIah rumah aku. Tinggal seorang diri pulak tu.
Tak ke kita sebagai bini tak akan fikir yang bukan bukan walaupun kita tahu laki kita tu orangnya macam mana. Aku jadi pelik bila laki aku tanya aku macam tu. Peramah? Peramah yang macam mana? Dengan aku tak peramah pun? Ke cuma peramah dengan laki orang saja??
Untuk pengetahuan korang semua, itu adalah firstime dia jumpa laki aku selama beberapa hari dia berpindah ke sini. Sebab laki aku memang kerja tak menentu. Lepas subuh saja laki aku dah gerak pergi bekerja dan sampai rumah pun bila dah larut malam.
“Buang sampah ye bang? Abang dah breakfast? By the way saya Fara. Abang ni suami akak Ira kan?” Peh tak menyirap ke bila kau dengar cerita dari laki kau yang budak perempuan tu tegur laki kau macam tu. Dalam pada masa yang sama aku fikir jugak laki aku ni bergurau nak kenakan aku ke apa?
Sebab aku macam tak percaya pulak dengan laki sendiri. Ye la mana lah tahu kadang-kadang laki kita ni saja nak menyakat tahap kejelesan bini sendiri. Aku percaya saja apa laki aku cakap tu cuma yang aku tak boleh nak percaya lagi ni, dah kenapa jadi peramah dengan laki orang sampai macam tu sekali?
Dengan aku, kau bukan main lagi pemalunya. Bila dengan laki aku bukan main peramah lagi kau ya. Dalam hati aku yang tengah kegeraman tu takdelah aku nak terus serbu pergi rumah dia hanya kerana sifat peramah dia yang semacam sehingga berabang abang dengan laki aku.
Tapi aku masih tidak dapat menerima kenapa dia dengan aku nak keluarkan suara pun bukan main payah tapi nampak saja laki aku auto bersuara jadi peramah terus. Soalan tu berlegar-legar dalam kepala otak aku. Nak dijadikan cerita setelah hampir seminggu aku tak nampak batang hidung si Fara tu dan mood aku pun dah okay dan tak fikir pasal tu langsung dah.
Petang tu si Fara datang rumah bawa kuih muih yang dia beli dari pasar malam semasa dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya. “Eh comelnya anak kembar akak ni. Jadi anak saya pun sesuai kan kak. Boleh la kita jaga dorang sama-sama.”
Aku macam jammed kejap. Aku tak suka dengar apa yang dia cakap. Jadi anak kau pun sesuai? Kau nak ganti tempat aku ke? Dia cakap macam tu dah buat aku rasa tak sedap hati. Hanya ayat tu saja yang buat perasaan seorang ibu tak tenteram.
Mana taknya tiba-tiba rasa berderau dan rasa menyirap yang teramat padahal korang yang baca ni mesti korang rasa tak ada apa sangatlah tapi entahlah ke aku saja yang bermasalah fikir sampai ke situ? Niat aku nak pelawa dia masuk ke rumah terbantut bila dengar dia cakap macam tu.
Aku dengan penuh menyirap baIas balik apa yang dia katakan tu. “Punyalah akak susah payah bertarung nyawa nak beranakkan kembar ni. Kau senang-senang saja nak anak kembar akak ni jadi anak kau ya. Takpe Fara akak mampu lagi jaga dorang. ”
Dengan muka terkebil-kebilnya dia hanya mampu tersenyum sambil berseloroh yang dia hanya bergurau dan minta aku tak ambil hati apa yang dia katakan tu. Tapi sempat lagi dia cakap macam ni. “Ala akak ni gurau sikit pun tak boleh. Ada tiga kan bagi saya sorang pun jadilah.”
Dengan nada serius selamba badak dia saja cakap macam tu. Eh kau ni betul-betul menguji kesabaran aku ni. Sangat-sangat menguji kesabaran aku. Aku direct cakap yang aku tak suka bab-bab bergurau nak anak aku ke apa.
Aku memang pantang dengar lagi-lagi dalam nada serius yang kalau aku cakap aku nak bagi dia tu memang dia nak ambil terus agaknya. Kalau korang tengok muka dia masa tu memang muka yang takde perasaan langsung.
Terus tenung muka aku lama-lama sambil sempat tengok anak kembar aku. Dia bangun tak minta maaf ke apa terus balik rumah dia. Mendidih pulak dengan cara gurauan dia tu. Nampak sangat dia tu bermasalah. Saja nak menyakitkan hati aku.
Aku apa lagi terus call laki aku nak cerita pasal si Fara ni. Laki aku cakap tunggu dia balik rumah baru bincang pasal budak tu. Malam tu laki aku balik saja tak sempat dia nak buka kasut aku dah berdiri depan pintu tak sabar nak bercerita apa yang terjadi petang tadi.
Selesai saja aku cerita laki aku hanya mampu menggeleng tetapi dalam pada masa yang sama dia fikir budak tu hanya bergurau dengan aku. Hahaha aku mampu tergelak saja dan mula fikir yang aku ke yang over fikir macam tu sekali?
Budak tu tak bermasalah langsung ke? Bila laki aku dah cakap macam tu apa lagi sesi bermasam muka berlangsung selama sehari. Aku jelah sorang yang bermasam muka dengan laki aku sebab dia tak bersependapat dengan aku.
Dia hanya tunggu aku cool down dulu baru dia pujuk aku. Biasalah lelaki kan. Tu baru yang menyakitkan hati tahap yang membara tau belum menyakitkan hati tahap yang berbisa. Dua hari lepas tu tengah sedap aku mengangkat baju aku biarkan anak kembar kedua aku bermain di halaman rumah.
Ampaian baju agak terlindung di tepi laman rumah aku. Tak lama tu sayup-sayup kedengaran suara perempuan sedang bergurau dan menyuruh anak aku menyebut perkataan yang buat hati aku jadi panas. Itu suara Fara dia tak kerja ke hari ni?
Aku macam nak terus lah pergi dukung anak aku masuk ke dalam tapi langkah aku terhenti seketika bila aku dengar dia cakap macam ni dekat anak aku. “Mama. Panggil M.A.M.A. Panggil mama M.A.M.A.” Sambil merujuk kepada dirinya.
Dia berterusan suruh anak aku panggil dia MAMA. Anak aku tu tahu apa lah kan. Dia mampu gelak saja lah sebab anak aku pun tahu perempuan ni buat lawak ke suruh aku panggil dia mama. Habis aku ni siapa bukan mama anak- anak aku ke? Aku ni tunggul ke?
Aku terus berlari pergi dekat anak aku dan dia perasan aku dah macam singa terus bangun dari bercakap dengan anak aku. Aku jerit kat dia… “Woi apa masalah kau? Aku ni hidup lagi tau kau nak suruh anak aku panggil kau mama! Kau nak mampus ke?”
Sengaja aku jerit dan ulang benda yang sama sampai jiran cina depan rumah aku keluar nak menyaksikan adegan baran aku yang teramat baran petang tu. Aku peduli apa orang tengok dah perempuan ni cari pasal dengan aku dulu kan!
Kalau korang tengok muka dia masa tu memang rasa nak bagi pen4mpar jepun saja. Memang muka yang takde perasaan langsung. Pandang aku atas bawah terus dia berambus masuk rumah. Puaslah aku dok jerit maki dia memang dia takde perasaan langsung weh.
Betul-betul dia buat aku hangin satu badan. Tak sampai sebulan okay dia jadi jiran aku dia terus register nak jadi musvh ketat aku. Punyalah malu-malu kucing sampai tak terluah nak mengeluarkan suara tu sekali bila dah keluarkan suara kemain mulut macam punggung ayam.
Sekali lagi aku nak tanya aku saja ke yang over fikir dia yang bermasalah atau memang dia bergurau saja cakap macam tu? Hah tak cukup tu lagi dia boleh pergi tegur laki aku esoknya. Pagi-pagi lagi dah tercongok kat pagar pintu bertegur sapa dengan laki aku.
Tahu dia cakap apa dengan laki aku? Cakap pasal anak-anak aku. Berkenan dengan anak aku la. Kalau payah jaga tiga-tiga tu bagiIah dia saja yang jaga. Siap dia offer bagi no phone dia kat laki aku weh. Laki aku apa lagi terus jerit panggil nama aku sambil tu laki aku cerita sempatlah dia ceramah perempuan tu kaw-kaw.
“Pelik semacam la dia ni Ira.” Kata laki aku. Belum sempat aku nak tanya kenapa kat laki aku perempuan tu dah cabut lari masuk dalam rumah. Aku perhatikan yang dia dah tak kuasa nak bersemuka dengan aku lagi dah.
Adakah dia takut dengan aku atau malas nak dengar aku menjerit macam orang giIa hari tu? Bila laki aku cerita saja apa yang perempuan tu cakap kat dia memang auto darah rendah aku makin rendah and darah tinggi aku makin tinggi dibuatnya.
Apa motif dia nak bergurau sampai macam tu sekali? Siap nak bertukar number phone pulak tu dengan laki aku? Apa masalah dia weh. Then ada satu malam ni masa family beIah laki aku datang rumah kami dalam pukuI 8 macam tu, Ika adik perempuan laki aku mengadu dekat aku dan laki aku sambil dukung anak kembar aku no 3.
Ika tanya siapa jiran sebeIah aku ni. Aku tanyalah jiran yang sebeIah mana and Ika pun tunjuklah rumah si Fara. Aku tanya lagi kenapa? Aku dah mula tak sedap hati kalau hal yang melibatkan perempuan tu. “Dia mintak no phone abang. Tapi janji dengan dia jangan bagi tahu akak.”
Tak rasa hati kau jadi panas ke bila dengar adik ipar kau mengadu macam tu pasal perempuan tu? Terus aku bangun dan keluar dengan niat nak penjelasan dari dia kenapa sampai nak no phone laki aku tanpa pengetahuan dari aku?
Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang dengar budak perempuan muda duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak no phone laki kita sendiri, siap pesan jangan sampai aku tahu.
Korang tak panas ke kalau dapat jiran macam ni? Aku jerit panggil dia suruh keluar tapi haram dia taknak keluar keluar langsung. Dalam beberapa minit macam tu dia keluar juga berdepan dengan aku. Aku dah naik hantu malam tu memikirkan yang jiran sebeIah sendiri cuba nak menguji kesabaran aku.
Aku tanya dia apa yang dia sampaikan kat adik ipar aku tadi? Dia diam kejap tak lama tu dia cakap yang dia suka tengok laki aku. Dia terpaksa jujur. Dia suka tengok anak-anak aku dan nak anak-anak aku jadi anak-anak dia jugak.
Aku macam whattttt the fish ini perempuan. Tak semena-mena dia menangis. Mentua aku keluar tak lama tu tanya apa yang jadi. Ika yang ada sekali dengan aku dan dengar apa yang perempuan tu cakap dia cerita semula dekat mentua aku.
Aku terkedu kejap bila dengar pengakuan jujur dari dia. Ika jerit panggil suami aku yang tengah makan dengan adik-adik dia yang lain. Lepas Ika cerita saja apa yang jadi mak mentua aku terus hamun perempuan psiko tu. Eh eh dia menangis macam aku pulak yang buat salah.
Kalau dia keluar depan pintu pagar tu memang aku tak teragak-agak nak tarik rambut dia. Kau selamat sebab kau dalam kawasan rumah kau. Situasi pun jadi hangat bila adik-adik suami dan suami aku join untuk tahu apa yang tengah berlaku.
Muka dia yang tak tahu malu tu still tercongok kat situ dengan taknak minta maafnya tapi berterusan menangis mengalahkan aku yang buat salah kat dia. Tak sampai sebulan weh dia dah berani berterus terang cakap jujur dengan aku yang dia suka laki aku dan nak anak kembar aku jadi anak-anak dia.
Hahahahah sangat kelakar dan dalam pada masa yang sama aku rasa tak selamat dengan kehadiran perempuan tu sebagai jiran aku. Setelah puas dihamun oleh family beIah laki aku, dia tak cakap apa terus masuk dalam rumah.
Tak lama tu nampaklah dia keluar bawa kereta nak pergi mereput menangisi nasib maIang beliau pada malam tu. Sempatlah dia turunkan tingkap dan jerit macam orang giIa.. “AKU CAKAP AKU NAK. AKU NAK!”
Mendidih darah aku dengar dia cakap macam tu. Apa betul dia maksudkan dengan kata-kata dia tu? Sumpah aku dah mula rasa tak selamat. Terketar-ketar tangan aku seperti rasa diugut yang hak aku bakal dia rampas.
Dengan pintu pagar tak berkuncinya dia terus keluar macam tu saja. Kami semua pun masuk ke dalam rumah dan berbincang terus pasal ni. Apa yang pernah terjadi sebelum ni semua aku ceritakan semula pada mentua dan adik-adik ipar aku.
Laki aku minta no phone owner jiran rumah yang aku kenal sebab dia nak call sendiri tanya dari mana dia kenal perempuan psiko ni. Aku nak ceritakan apa yang seterusnya yang berlaku memang tersangatlah panjang. Aku tanya korang kalau dapat sendiri jiran macam ni apa yang korang rasa?
Aku bercerita dengan sorang dua kawan aku ni tentang mula-mula yang si Fara ni cakap nak anak-anak aku jadi anak dia dan dia suruh anak-anak aku panggil dia mama, tahu apa respon dorang? Katanya aku ni terIampau berfikiran negatif mungkin Fara tu hanya bergurau.
Aku macam wow okay, mungkinlah kan. Bila dah dengar respon macam tu aku takdanya nak cerita pasal perempuan tu lagi dekat dorang. Dorang hanya fikir aku terIampau negatif dan minta aku jangan cepat terasa dengan gurauan perempuan tu.
Medium ni sajaIah tempat aku luahkan segalanya dan nak tahu adakah korang bersependapat dengan aku sebelum kejadian malam tu berlaku? Terima kasih kepada yang sudi luangkan masa dan beri pendapat korang pasal ni.
Ingat ya korang jangan percaya dengan jiran sebeIah bernama Fara, bertudung, duduk rumah seorang diri dan cuba acah-acah pemalu pada mulanya. Sekian terima kasih. Sehingga bertemu kembali semua. Assalammualaikum.. – Ira (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farah Ain : Sebagai seorang Fara, saya menyeru sis jaga diri and family baik-baik. Tak perlu eye contact ke apa pun. Baju kat jemuran pun jaga ya. Zaman sekarang, tak dapat depan, halus pun jadi sis. Jaga diri bebaik. Moga Allah pelihara sis sekeluarga. Haih risau takut.
Azah Hamzah : Baru sebulan dah jadi macam tu. Harap ada next confession. Saya faham tt orangnya peramah menyantuni orang baru pindah jiran baru tambah nampak sorang macam tu, jarang kita nak pandang negatif.
Harap tt sabar cari jalan penyelesaian, elokla call tuan rumah tanyakan latar belakang penyewa tu dan mintak tolong. Semoga Allah Iindungi sis sekeluarga amin.
Yeen Machi : Better pindah puan.. Bahaya tau duduk berjiran dengan orang macam ni. Kita pun jadi tak senang duduk sehari-hari takut dia buat apa-apa. Nampak cerita puan ni kalo jiran tengok macam puan yang meroyan sebab terjerit-jerit. Dia psycho jenis rilex. Nak bahagia hidup pindah dan jangan baik sangat dengan jiran. Biasa-biasa jer. Cukup sekadar tahu nama n hi2 bye2
BACA: Usahawan Melayu paling kaya dalam Malaysia dedah rahsia macam mana cara jadi kaya