Seorang guru wanita berkongsi mesej seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp
Beliau yang meluahkan rasa cinta dan mengajak dia berkahwin, lapor portal berita Wolipop semalam.
Guru dikenali sebagai Rindy Yanti itu menerima pesanan tersebut daripada seorang pelajar bernama Fatur.
“Kehidupan saya sudah cukup meletihkan, ditambah lagi apabila menerima pesanan ringkas seperti ini daripada murid,” kata Rindy dalam keterangan hantarannya.
Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan itu, si pelajar memberitahu bahawa dia merupakan pelajar Rindy ketika wanita itu mengajar di Sekolah Madrasah Aliyah.
Dia kemudian mula meluahkan isi hatinya kepada guru berkenaan.
“Adakah cikgu masih bujang?” soalnya.
Apabila ditanya mengapa dia mengutarakan pertanyaan tersebut, Fatur memberitahu bahawa dia menyukai Rindy dan ingin mengahwininya.
“Apabila tamat sekolah nanti, saya mahu berkahwin dengan cikgu, boleh? Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan cikgu,” katanya.
Rindy kemudian menasihati Fatur agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi kebanggaan ibu dan bapanya.
Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Fatur, anda belum tahu bagaimana kehidupan selepas tamat sekolah,” kata seorang netizen.
“Fatur, mungkin anda anak orang kaya tujuh keturunan kerana berani mengajak guru berkahwin selepas habis sekolah menengah,” kata netizen
BACA: Kecoh budak tahfiz dijemput ke konsert KFC, lain pula jadi bila bayi dibuang di tahfiz Besut