Ingatkan ada kisah Abang Tesla, sekali lain pula kisah Akak Tesla buat ramai kagum

Oleh DAHLIA MARZUKI

Malaysian please stop making stupid people famous. Sikit2 dah la… ni dah masuk minggu ke-2 sudah2 la tu.

Kenalkan keluarga korang dgn Akak Tesla ni. She’s currently working at Sila Nano (base in California, USA) yg buat bateri kereta EV termasuk Tesla.

Ex-MRSM Ulul Albab (sains + tahfiz), then sambung ke UC San Diego dlm Aerospace Engineering.

Ingatkan ada kisah Abang Tesla, sekali lain pula kisah Akak Tesla buat ramai kagum

Inspire anak2 utk jadi orang yg ‘buat’ Tesla.

Jadi salah seorang tulang belakang di syarikat besar merupakan impian bagi semua orang.

Nak-nak syarikat besar yang berpangkalan di luar negara. Di situ, kita boleh peroleh banyak pengalaman selain dapat banggakan nama Malaysia di persada dunia.

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia telah menjadi bualan hangat di media sosial kerana beliau merupakan salah seorang jurutera di sebuah syarikat peneraju kereta elektrik dunia dan tenaga bersih iaitu TESLA yang terletak di Amerika Syarikat (AS). Bestnya kerja overseas!

“Siapa dia ni?”


Menurut perkongsian Dr Zulkifli Hussain di Facebooknya, Fakhirah atau nama sebenarnya Fakhirah Khairuddin merupakan bekas pelajar batch pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra, Besut, Terengganu.

Fakhirah melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di University of California dalam bidang Kejuruteraan Angkasa dan kemudian peringkat Ijazah di universiti yang sama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Patutlah TESLA ambil dia bekerja, pandai sangat.

“Dia memang layak”

Kini, Fakhirah sedang bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di TESLA dan menetap di California. Kejayaan Fakhirah Khairuddin bekerja sebagai pengajar latihan robotik dikongsikan melalui akaun Facebook, Dr Zulkifli Hussain.

BACa: Senang je rupanya tukar wiper kereta sendiri, abang ini tunjuk caranya