Rupanya macam ini tayar kereta api tukar landasan, video bawah gerabak buat ramai khayal tengok

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan untuk memudahkan pergerakan masyarakat dari suatu tempat ke suatu tempat.

Mungkin ramai yang lebih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri,

Namun masih ada yang menggunakan pengangkutan awam, termasuklah kereta api.

Rupanya macam ini tayar kereta api tukar landasan, video bawah gerabak buat ramai khayal tengok

Kadang-kadang kita akan terfikir bagaimana kereta api ini bergerak dengan membawa gerabak yang berat untuk menuju ke suatu destinasi tepat pada masa yang dijadualkan.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok smart setting, ini merupakan ‘close up‘ rakaman yang diambil daripada kamera di roda kereta api tersebut.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan roda kereta api tersebut seperti kurang stabil semasa mernyusuri landasan tersebut.

@smartsetting Train camera car 🛤️ #train #cameracar #top ♬ suono originale – Smart Setting⚙️


Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Perkara ini membuatkan ramai beranggapan bahawa ia nampak seperti kurang stabil dan boleh menyebabkan kemalangan.

Akan tetapi, memetik daripada komen pada video tersebut, ia merupakan rekaan yang sepatutnya.

Menurut sumber daripada rebling.com, roda kereta api diperbuat daripada besi kerana roda besi yang bersentuhan dengan rel landasan boleh mengurangkan geseran tanah sebanyak 85% sehingga 99%.

Walaupun roda tersebut bersaiz kecil, tetapi jumlah yang terdapat pada kereta api tersebut mampu menampung muatan yang berat.

BACA: Wanita ini nekad ceraikan diri sendiri guna whatsapp suami, rupanya ini sebenarnya yang jadi