Ramai tak tahu sebenarnya waktu jam dalam Malaysia diawalkan 30 minit pada tahun 1981

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tun Mahathir, ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia, banyak melakukan perubahan yang menongkah arus perdana.

Salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa.

Ya! Mempercepatkan masa.Semua jam di semenanjung Malaysia juga diarah berbuat demikian.

Ramai tak tahu sebenarnya waktu jam dalam Malaysia diawalkan 30 minit pada tahun 1981

Pada 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit menjadi jam 12 tengah malam.

Semua jam di semenanjung Malaysia juga diarah berbuat demikian.

Kenapa di semenanjung sahaja?

Sebelum tarikh keramat itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan Malaysia Timur (MT) tidak selaras.

MB guna GMT+7.30, manakala MT guna GMT+8. Bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.

Beliau telah memilih GMT +8 untuk dijadikan Waktu Piawai Malaysia(WPM). Memandangkan MT memang dah guna GMT +8, hanya jam di MB sahaja terlibat ketika penyelarasan waktu tersebut.

Namun begitu, ramai yang mempertikaikan pemilihan GMT +8 sebagai WPM. Bukankah pusat ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah di Kuala Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT +7.30?

Pilihan Tun Mahathir itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas. Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan menggunakan zon masa GMT +8, jadi berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dikira akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Anjakan 30 minit kehadapan ni telah menjadikan waktu MB sedikit pelik berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.

Pelik bagaimana?

Kunasegaran Velliah, 59, pekerja di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memusingkan jam di menara jam bangunan Sultan Abdul Samad setiap dua hari, semenjak 1975.
Di Khatulistiwa, secara ideal, pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang. Ini menjadikan
siang dan malam sama panjang sela masanya, iaitu masing-masing 12 jam.

Siang berlangsung dari 6 pagi hingga 6 petang, jadi pertengahan waktu siang adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah hari”.

Malam berlangsung dari 6 petang hingga 6 pagi, jadi pertengahan waktu malam adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah malam”.

Di bandar-bandar yang terletak berhampiran Khatulistiwa—Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, malah di Kota Kinabalu dan Labuan, matahari terbit sekitar jam 6 pagi dan terbenam sekitar jam 6 petang. Ini hampir ideal.

Di Kuala Lumpur dan bandar-bandar MB pula, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam 7 petang. Pelik kan?

Oh ya! Tun Mahathir bukan orang pertama yang tukar waktu di Malaysia. Semasa zaman penjajahan beberapa kali zon waktu di rantau ini diubah. British pernah arahkan gunakan zon waktu GMT +7. Zaman penjajahan Jepun, kita guna GMT +9, selaras dengan zon masa Tokyo.

Penyelarasan zon masa bukanlah sesuatu hanya berlaku di Malaysia. Demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa ikut berganjak 30 minit ke hadapan pada penghujung tahun 1981 itu.

Bayangkan kalau Singapura kekal guna GMT +7.30. Niaya orang Johor yang bekerja di seberang tambak. Setiap hari, selepas melalui kaunter imigresen, kena selaraskan semula jam tangan. Tak pun pakai jam di kedua-dua belah tangan. Kanan waktu Malaysia, kiri waktu Singapura. Hahaha.

Selain itu, pada tahun 2001, Thailand juga pernah bercadang menukar zon waktunya daripada GMT +7 kepada GMT +8, namun tidak terlaksana. Malah usul tentang penyeragaman zon waktu negara-negara ASEAN pernah diketengahkan dan zon waktu pilihan dalam usul itu adalah GMT+8.

Patutlah orang semenanjung selalu lewat datang temujanji. Lupa nak cepatkan jam 30 minit ketika tahun 1981 tu kot.

BACA: Patutlah Sultan Johor titah beri Anwar lebih masa, rupanya ini hasil kerja Anwar yang ramai tak tahu