Tidak dapat dinafikan bahawa CCTV amat berguna diletakkan di rumah bagi memiliki rakaman jika berlakunya pencerobohan atau perkara tidak diingini.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @caramelmacchiato5195 telah berkongsi sebuah rakaman CCTV
Yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menceroboh homestay dan bertindak mandi di kolam renang homestay tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Perak dan dapat dilihat kanak-kanak tersebut teruja berenang dalam kolam renang sebelum menyedari kegiatan mereka dirakam oleh CCTV lalu bertindak pantas keluar daripada homestay itu.
Perkongsian terbabit telah meraih perhatian orang ramai tetapi bukanlah tindakan ‘pecah masuk’ kanak-kanak tersebut yang jadi bualan netizen. Menerusi ruangan komen, segelintir netizen mempersoalkan tindakan pemilik homestay yang meletakkan CCTV di homestay yang dianggap melanggar privasi pengunjung kelak.
Difahamkan, CCTV diletakkan di homestay tersebut hanyalah sementara kerana tiada pelanggan yang menyewa dan mahu memantau keadaan sekeliling agar tidak berlaku pencerobohan atau perkara tidak diingini.
Malah, anak-anak pemilik homestay juga sering bermandi manda di kolam renang tersebut, maka CCTV itu digunakan untuk memantau aktiviti anaknya.
CCTV kesan kanak-kanak ceroboh kolam homestay, netizen persoal tindakan tuan rumah pulak
Malah, apabila homestay itu disewa, CCTV akan dimatikan bagi melindungi privasi pengunjung. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 700 ribu tontonan dan 24 ribu tanda suka.
BACA:Kucing wajib pakai mikrocip berkuatkuasa Jun 2024, jika ingkar pemilik kucing akan didenda RM2900