Siapa sangka lembu kerdil dari T’ganu ni terjual RM14,500 seekor!

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Walaupun bersaiz kerdil, namun lembu baka Brahman milik seorang penternak dijual dengan harga RM14,500 seekor.

Lembu betina seberat 90 kilogram dan setinggi 0.7 meter itu dijual kepada seorang peminatnya secara tunai pada Hari Peladang,

Penternak, Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) baru-baru ini.

Siapa sangka lembu kerdil dari T’ganu ni terjual RM14,500 seekor!

Pemilik asalnya, Mohd Affindi Saat, 38, berkata, dia membeli lembu kerdil itu daripada seorang penternak di Kampung Kemuming, Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Uniknya lembu kerdil itu kerana ia kerdil semula jadi dan bukan berasal daripada lembu baka kerdil.

“Jika diikutkan ia daripada lembu baka Brahman yang terkenal dengan ketinggian tetapi lembu itu dilahirkan kerdil.

Siapa sangka lembu kerdil dari T’ganu ni terjual RM14,500 seekor!

“Sejak ia berusia tujuh bulan, saya memujuk pemilik asalnya untuk menjual lembu itu kepada saya tetapi pemiliknya enggan menjualnya,” katanya.

Tambahnya, selepas lembu kerdil itu berusia setahun sembilan bulan, pemilik bersedia menjual lembu itu kepadanya.

“Sebaik sahaja membeli lembu itu saya memuat naik gambar lembu itu di media sosial kerana sebelum ini lembu kerdil itu tidak pernah dihebohkan kepada orang ramai.

“Jangkaan saya tepat apabila gambar dan video lembu itu menjadi tular dan mendapat reaksi positif daripada netizen.

“Ramai yang tertarik dengan lembu kerdil itu kerana ia nampak comel dan sangat jinak,” katanya.

Menurutnya, dia membawa lembu itu ke HPPNK di Pantai Irama, Bachok, sebagai ternakan pameran sebelum ia terjual dengan harga RM14,500.

“Saya tak sangka lembu kerdil itu terjual pada harga tinggi sama seperti seekor lembu baka sado,” katanya.

BACA:Kecoh tuduhan kerajaan Selangor langgar Akta PdPr? Rupanya individu ini dedah cerita sebenar ada kaitan dengan PN