Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tidak semua orang mampu untuk membeli barangan mewah dan dengan keadaan ekonomi sekarang,

semestinya ramai sudah mula untuk berjimat cermat sebagai persediaan berdepan krisis ekonomi yang menggila sekarang.

Memetik dari Thevocket, seorang pengguna TikTok @faisaljofry telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya yang mahu ke mesyuarat tetapi air kopi tertumpah pada kasutnya.

Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash!

Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk membeli kasut keluaran baru berjenama berharga RM5,100 dengan bayaran secara tunai agar dirinya nampak lebih kemas ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. .

Rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki tersebut membeli kasut baru berjenama dengan harga yang mahal.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang bertindak menyindir lelaki itu dan mengatakan bahawa kasutnya itu boleh dipakai serta dibasuh nanti. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan lebih 138 ribu tanda suka.

Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash!

BACA:Bendung masalah sosial di Kelantan, Individu ini agih 500 pek kondom percuma