Wang tunai berjumlah 10.99 juta yen (RM353,140) yang ditemui di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Shichinohe, Jepun,
pada April lalu akan dimasukkan ke akaun pengendali pusat pembuangan tersebut iaitu sebuah kesatuan koperasi, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.
Kesatuan koperasi kawasan Chubu Kamikita sebelum ini melaporkan penemuan wang tunai tersebut pada mesyuarat perhimpunan bandar Shichinohe.
Wang itu kemudian dihantar ke Balai Polis Shichinohe.
Polis kemudian secara terbuka mengumumkan mengenai penemuan wang tunai itu tetapi sepanjang tiga bulan lalu, tidak ada mana-mana individu menuntut wang tersebut.
Ia menyebakan pemilikan wang tunai itu dipindahkan kepada kesatuan koperasi tersebut pada 27 Julai lalu.
Seorang wakil koperasi mengulas dengan berkata: “Kami terkejut bahawa sejumlah besar wang tunai muncul secara tiba-tiba.”
BACA: Artis veteran meninggal dunia ketika solat tahajud, ini kisah Tony Kassim