Suami ketiga kepada seorang wanita menikam mati suami keduanya ketika mangsa sedang tidur
Dalam satu kejadian di Bone, wilayah Sulawesi Selatan semalam, lapor laman berita TribunJatim hari ini.
Wanita yang berusia 22 tahun itu berkahwin dengan dua lelaki selepas suami pertamanya meninggal dunia.
Ketika kejadian, suami ketiga wanita tersebut memberitahunya bahawa dia mahu keluar untuk membuang air.
Namun, dia sebaliknya pergi ke rumah suami kedua dan menikam lelaki itu sehingga mati ketika mangsa sedang tidur.
Suspek pula mengalami luka pada bahagian tubuhnya sebelum melarikan diri.
Dalam pada itu, menurut laman berita SerambiNews, Ketua Polis Bone, Arief Doddy mengesahkan mangsa meninggal dunia selain turut mengakui wanita itu mempunyai dua suami.
Polis masih memburu suspek manakala motif pembunuhan belum dikenal pasti
BACA: Aksi mangsa kemalangan sempat main game sambil tunggu ambulans curi tumpuan