Tokti teruja tengok deretan kereta mewah anak didik Azizan Osman

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya.

Beliau berkata menjadi sesuatu perkara yang positif untuk saling membantu

Dalam memastikan setiap orang yang menceburkan diri dalam perniagaan terus berada di landasan yang betul.

Tokti teruja tengok deretan kereta mewah anak didik Azizan Osman

“Tahniah saya ucapkan kepada semua usahawan Richworks Group yang menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana. Dr Azizan juga insan yang disayangi ramai.

“Ketika sampai tadi saya nampak deretan kereta mewah tersusun, Mas ya-Allah. Hebat belaka semuanya,” katanya ketika muncul membuat persembahan di Majlis Jamuan Aidilfitri Usahawan Jutawan Richworks 2022 di Setia City Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.

Tokti teruja tengok deretan kereta mewah anak didik Azizan Osman

Siti Nurhaliza juga seronok melihat golongan usahawan yang sentiasa bersedia berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Pelantun lagu Cindai itu juga berkongsi rasa bangga apabila anak dan menantunya iaitu Asyraf Khalid serta Tya Arifin antara usahawan bimbingan Richworks yang berjaya dengan produk mereka.

“Dr pernah datang ke rumah dan berkongsi pengalaman dengan kami. Lebih bermakna apabila anakanda saya Asyraf dan Tya menjadi antara result yang nyata dan berada dalam kelompok titan.

“Pastinya, ayahanda Datuk K sangat gembira dengan pencapaian mereka hasil bimbingan Dr Azizan. Terbaru Aazief juga sudah sertai jadi harap dia juga berjaya dan bukan main-main,” katanya berceloteh.

Pada majlis itu, Siti Nurhaliza turut berjaya menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman naik ke pentas dan berduet lagu Widuri dengannya.

Siti Nurhaliza turut sempat mengusik golongan usahawan bergelar suami agar sentiasa memenuhi permintaan isteri untuk rezeki yang lebih luas.

BACA:Ini rahsia disebalik pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, yang no.10 ramai tak sangka ada kaitan dengan ‘saka’