Kisah isteri orang nekad bercerai dengan suami sendiri semata-mata kejar suami orang
Akhirnya Nizam bercerai dengan isteri dia, tambah lagi mereka takde anak lagi senang nak cerai.
Masa tu aku betul-betul yakin dan puas kerana apa yang aku tunggu selama ni akhirnya akan jadi milik aku.
Aku berjaya bertunang dengan Nizam tapi ketika itu kifarah datang, aku terduduk..
Salam admin. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sekiranya kisah aku ni disiarkan. Sejak akhir-akhir ni aku selalu baca kisah pasal hubungan yang musnah disebabkan orang ketiga. Jadi sekarang ni aku nak kongsi kisah aku sebagai orang ketiga dalam hubungan.
Semoga apa yang aku kogsikan ni jadi pengajaran untuk sesiapa yang sekarang ni sedang jadi orang ketiga dalam sesuatu hubungan. Pada tahun 2011 aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Nizam. Nizam satu tempat kerja dengan aku.
Masa tu aku baru bekerja ditempat Nizam bekerja. Bila da satu office aku dengan Nizam pun jadi rapat dan kebetulan aku baru putvs tunang. Aku tahu masa tu Nizam pun sudah bertunang tapi sebab sikap dia yang caring dan pandai ambil hati pada masa tu buat aku ketepikan status dia sebagai tunang orang masa tu.
Walaupun kadang-kadang aku ada jugak terfikir pasal Nizam dengan tunang dia tapi disebabkan aku rasa susah nak lepaskan dia aku buang rasa bersalah tu asalkan aku dapat terus bersama dengan Nizam. Kami jadi semakin rapat.
Walaupun ada masanya aku berg4duh dengan dia pasal status dia sebagai tunang orang tu. Tapi disebabkan masa tu aku memang jatuh cinta habis dengan Nizam aku tetap bertahan dan dalam pada tu jugak macam-macam yang aku buat demi Nizam terutama duit.
Aku sanggup buat apa saja asalkan dapat terus bersama Nizam. Nizam selalu bagitahu aku yang dia tak bahagia dengan tunang dia. Cuma dia tak boleh putvskan pertunangan dengan tunang dia sebab keluarga Nizam sayang dengan tunang Nizam.
Dan aku yang bodoh masa tu percaya bulat-bulat kata Nizam. Kami masih meneruskan hubungan dan pada tahun 2012 Nizam berkahwin dan aku pun kahwin jugak dengan pilihan keluarga aku. Tapi sepanjang Nizam dan aku masing-masing jadi suami dan isteri orang kami masih lagi berjanji yang satu hari nanti kami tetap akan bersama sebab masing-masing tak bahagia dengan pasangan masing-masing.
Pada satu hari isteri Nizam telah menghantar mesej kepada aku. Isteri Nizam cakap dia tau pasal hubungan aku dengan Nizam dan dia minta dengan aku supaya aku jauhkan diri dari Nizam. Tapi selepas dipujuk oleh Nizam lagi sekali aku yang terlalu bodoh percaya dan teruskan hubungan aku dengan Nizam walaupun isteri Nizam tahu.
Aku pulak memang ada krisis dengan suami aku pada masa tu, kami tak sefahaman dan aku duduk dengan keluarga aku. Padahal itu semua alasan sebab hati aku memang hanya pada Nizam je. Pada hujung tahun 2012 aku bercerai tapi Nizam masih lagi bersama dengan isteri dia.
Selepas itu aku sem4kin rapat dengan Nizam dan Nizam beberapa kali berjumpa dengan keluarga aku. Masa ni aku yakin yang Nizam betul-betul serius nak dengan aku. Cuma tunggu masa untuk Nizam bercerai dengan isteri dia.
Walaupun ada jugak aku nampak gambar-gambar Nizam dengan isteri dia macam pasangan bahagia tak nampak langsung yang dia ada masalah dengan isteri dia. Tapi aku tetap keraskan hati aku untuk bersama dengan Nizam sebab aku betul-betul sayangkan dia dan nak bersama dengan dia.
Selepas bermacam-macam konflik yang berlaku antara Nizam, aku dan isteri nizam. Akhirnya pada awal tahun 2014 Nizam telah bercerai dengan isteri dia, oleh kerana nizam dan isteri dia tidak mempunyai anak dan itu memudahkan bagi mereka untuk bercerai.
Masa tu aku betul-betul yakin dan puas kerana apa yang aku tunggu selama ni akhirnya akan jadi milik aku. Tanpa langsung fikir perasaan bekas isteri Nizam sebab bagi aku Nizam dan bekas isteri dia berpisah bukan kerana aku tapi sebab memang Nizam tak bahagia.
Selepas Nizam bercerai aku rasa bahagia aku tak sabar nak jadi isteri Nizam sebab itulah yang aku tunggu-tunggu selama ni. Tapi bulan berganti bulan, berganti tahun nizam hanya menabur janji. Makin lama dia makin jauh kami dah tak mesra macam sebelum ni, Nizam selalu bagi alasan yang dia sibuk dengan kerja.
Sampai satu hari aku betul-betul tak tahan aku ungkit semua ape yang pernah aku buat untuk dia, ape yang pernah aku bagi dekat dia. Akhirnya aku dengan Nizam bertunang. Tapi betul lah apa yang selalu dia katakan, jangan bina kebahagiaan atas air mata orang lain.
Semenjak kami bertunang sikap Nizam betul-betul berubah lagi teruk dari sebelum bertunang. Dia semakin menjauh sampai ada satu masa kami berbulan-bulan tak jumpa. Bila cakap pasal kahwin ada saja alasan yang dia bagi.
Memang dia betul-betul berubah. Sampai la satu hari aku dapat tahu yang Nizam ade perempuan lain dan dah bertunang dengan perempuan tu tanpa aku tahu apa-apa. Hancurnya hati aku masa tu hanya Allah je yang tahu.
Aku jadi marah aku tak boleh terima ape yang Nizam buat dekat aku. Bila aku tanya dengan Nizam macam-macam alasan yang dia bagi untuk menampakkan yang dia terpaksa bertunang dengan perempuan tu. Akhirnya aku dengan Nizam putus dan kami bawa haluan masing-masing.
Aku jadi down. Aku hanya fikir salah Nizam dekat aku. Aku rasa aku selama ni dah buat yang terbaik untuk Nizam. Sampailah satu hari aku terbaca artikel tentang kifarah Allah. Dan masa tu aku sedar apa yang aku hadap masa tu adalah kifarah di atas apa yang aku dah buat sebelum ni.
Allah bagi aku rasa apa yang pernah bekas isteri Nizam rasa walaupun dalam keadaan yang berbeza. Aku redha, aku muhasabah diri aku. Aku bertaubat dan aku menyesal. Aku tahu aku akan dikecam dengan apa yang aku buat sebelum ni.
Aku harap apa yang aku kongsikan ni boleh dijadikan pengajaran bagi orang-orang di luar sana. Percayalah kifarah tu memamg ada dan aku dah terima kifarah aku. Baik yang kau buat baiklah yang kau dapat tapi kalau sebaliknya yang kau buat kau akan dibaIas dengan kifarah yang sama.
Aku sampai sekarang masih lagi belum bertemu dengan jodoh aku, tapi bagi aku tu semua kerja Allah dan aku serahkan segalanya pada Dia. -MISS GJ
Komen Warganet :
Hazirah Hj Hamzah : Alhamdulillah dah insaf. Tapi dosa dengan manusia takkan terhapus selagimana tak minta maaf dengan orang tersebut. Mana tahu doa mereka makbul ketika teraniaya. Better pergi cari bekas isteri Nizam dan minta maaf. Minta maaf kepada ex suami juga.
Sebab saya sendiri pernah jadi isteri yang teraniaya tu. (Kena cerai lepas sebulan kahwin). Banyak sangat doa saya yang Allah makbulkan. Dan saya pernah berdoa supaya Allah hancurkan hidup manusia yang menzalimi saya sehancur-hancurnya sehinggalah dia datang minta maaf kepada saya.
Tapi sampai sekarang masih belum minta maaf. Maaflah waktu tu hidup memang sengsara sangat. Dengan takda kerjanya.. kena cerai. kena fitnah. Hanya ada Allah je di sisi dan juga doa. Sakit yang terlalu sakit. Hanya doa pengubat jiwa.
Ann Fardan : Perhubungan yang dibina dengan bantuan syaitan durjana. Memang menyeronokkan sebab syaitan akan usaha nak pisahkan mana-mana pernikahan yang direstui Allah. Namun bila segalanya selesai baru.. Syaitan pun cabut lari barulah kita nampak semua jadi tak indah.
Ummu Habibah : Minta maaf pada ex wife Nizam tu dan ex suami. Buatlah cara macamana pun asalkan mereka ikhlas dan betul-betul maafkan kau. Kalau tak.. Kau tak selamat.. Takut mereka angkat tangan mengadu pada Allah dalam solat atas apa yang berlaku. Allah pasti tidak akan duduk diam.
Sherz Azman : Pergi jumpa ex wife Nizam and your ex husband, minta maaf pada mereka. Mengaku you punya salah dan minta mereka maafkan you. Mulakan hidup baru dan belajar dari pengalaman lepas. Moga Allah beri you kekuatan. InshaAllah.