‘Aku yang kahwin dua, korang yang kena marah’, Abang Tesla mohon maaf kepada kaum lelaki yang jadi mangsa bebelan isteri

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

‘Aku yang kahwin dua, korang yang kena marah’, Abang Tesla mohon maaf kepada kaum lelaki yang jadi mangsa bebelan isteri

Kecoh di media sosial pada Sabtu lalu apabila seorang influencer terkenal di TikTok

Membuat ‘kejutan’ apabila memuat naik sebuah video bernikah buat kali kedua.

'Aku yang kahwin dua, korang yang kena marah', Abang Tesla mohon maaf kepada kaum lelaki yang jadi mangsa bebelan isteri

Lebih mendapat perhatian para netizen, influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla ini turut memaparkan video kesedihan isteri pertama yang menangis sebelum melangsungkan pernikahan.

Perkongsian beliau telah mendapat pelbagai respon khususnya di kalangan kaum hawa yang berang dengan tindakannya untuk berpoligami.

Sementara itu, di TikTok pula rancak dengan pelbagai video parodi perkongsian para lelaki yang memaklumkan telah menjadi ‘mangsa’ leteran atau bebelan isteri berikutan tindakan Abang Tesla.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

Sehubungan dengan itu, Abang Tesla menerusi perkongsian video terbaru tampil dengan video permohonan maaf secara terbuka kepada semua kaum lelaki yang terpaksa menjadi mangsa bebelan kaum hawa.

Permohonan maaf itu dibuat selepas dikatakan beliau menjadi punca bebelan berlaku. Malah, terdapat kaum lelaki yang memaklumkan tidak dapat keluar rumah gara-gara beliau.

Perkongsian video terbaharu beliau sekali lagi mendapat perhatian netizen yang berharap beliau melakukannya demi konten. Tidak kurang juga yang jelek dengan konten yang dipamerkan Abang Tesla.

Walau bagaimanapun, Abang Tesla sebelum ini turut memaklumkan beliau telah berpoligami dengan cara yang sah serta telah mendapat keredhaan isteri pertama terlebih dahulu sebelum bernikah.

BACA: Nadia Brian dakwa terima mesej ustaz nak berkenalan gara-gara syarat mencari bakal calon suami