‘Muka sebijik macam Mat Kilau’

Oleh AHMAD SULAIMAN

Apabila tiba-tiba menjadi perhatian warganet dengan kemunculan seorang lelaki yang dikatakan mirip wajah pahlawan negara.

Daripada raut wajah, pandangan mata, misai yang beruban serta susuk badan membuatkan

Dia dikatakan mirip Allahyarham Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

‘Muka sebijik macam Mat Kilau’

Beliau mengenakan baju batik, bertopi koboi dan berjalan menggunakan tongkat kayu, lelaki warga emas ini pada mulanya terkejut apabila dia disamakan dengan pahlawan Melayu yang berjuang mati-matian menentang penjajahan British di Pahang, pada akhir abad ke-19.

SIAPA MOHAMMAD TAIB ?
Mohammad Taib mungkin tidak dikenali, tetapi dia merupakan anak kepada salah seorang peneroka awal Kampung Melayu Subang yang dibuka sekitar 1930-an, bernama Abdul Hamid Saman.Menurut sejarah, bapanya merupakan imam pertama bagi masjid di kampung berkenaan dan amat dihormati oleh penduduk kampung kerana memiliki ilmu agama dan kebatinan.

Mohammad Taib yang merupakan anak keempat daripada 11 beradik itu berpengalaman sebagai khatib membaca khutbah Jumaat, termasuk mempelajari seni mempertahankan diri silat sebagaimana yang dipamerkan dalam filem pecah panggung arahan Syamsul Yusof.

Muka sebijik macam Mat Kilau mat kilau mat kilau sejarah mat kilau filem mat kilau movie biodata mat kilau filem mat kilau mat kilau full movie

“Saya belajar silat sewaktu usia belasan tahun. Tidaklah mahir untuk menjadi guru silat, tapi saya berbangga kerana dua anak saya turut berminat dalam ilmu persilatan,” katanya yang dikurniakan 12 anak, 25 cucu dan tiga cicit.

Ketika muda, Mohammad Taib mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, pemandu peribadi, pemandu teksi sehingga berniaga di pasar.

Semua orang kenal Allahyarham Mat Kilau. Dengan filem Mat Kilau, lagi ramai orang kenal. Sejarah kembali menjadi perhatian ramai.

Di sebalik wajah tenang anak kelahiran Kampung Melayu Subang ini dengan kudratnya seperti orang muda berjalan ke sana sini, siapa sangka dia bakal menjengah ke usia 76 tahun pada 28 Ogos depan.

Mengimbas kembali, Mohammad Taib berkata, dia amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada ribuan yang membanjiri Stadium Merdeka bagi pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957.

“Masa tu umur saya 11 tahun. Saya seorang diri naik bas dengan tambang 40 sen, dari Kampung Melayu Subang ke Kuala Lumpur untuk pergi ke Stadium Merdeka.

Ternyata laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan itu meninggalkan kesan yang amat mendalam dan menyentuh emosinya sehingga kini.Setiap kali saya menyaksikan laungan kemerdekaan Allahyarham Tunku Abdul Rahman di televisyen mahupun mendengarnya di radio, saya pasti sebak dan boleh menangis kerana mengenangkannya. Saya terharu.

“Sebab itu saya sering katakan kepada anak-anak muda supaya menghargai perjuangan orang-orang lama. Jangan berbalah sesama sendiri dan jauhkan sifat perkauman, biar negara aman, tenteram dan harmoni,” katanya yang sebelum ini pernah mempunyai koleksi keris.

Sementara itu, Mohammad Taib tidak menolak sekiranya menerima tawaran untuk memegang watak Mat Kilau sebagai kemunculan khas atau dalam bentuk dokumentari sekiranya wajahnya benar-benar mirip dengan pahlawan negara itu.

Beliau juga bersedia menerima dengan hati terbuka selagi saya sihat dan mempunyai kudrat untuk melakukannya. Tiada perasaan gementar dalam hidup saya kerana sebelum ini pun saya baca khutbah di hadapan ramai orang. Cuma ia sebagai satu pengalaman baru buat diri saya,” katanya.

BACA:Nadia Brian dakwa terima mesej ustaz nak berkenalan gara-gara syarat mencari bakal calon suami