Menyeramkan! Ini maksud sebenar kenapa logo Starbucks adalah seorang perempuan

Oleh DAHLIA MARZUKI

Menyeramkan! Ini maksud sebenar kenapa logo Starbucks adalah seorang perempuan

Sedang termenung sendirian tiba-tiba aku terfikir untuk minum coffee starbucks

Walaupun rasa coffeenya tidaklah se-gah coffee di kedai-kedai coffee yang khusus (MAD Coffee), namun ianya cukup puas kalau dapat minum coffee starbucks.

Menyeramkan! Ini maksud sebenar kenapa logo Starbucks adalah seorang perempuan

Semasa perjalanan yang mengambil masa 5 minit jalan kaki dari office ke starbucks terdekat, aku tefikirkan sesuatu yang mungkin juga orang lain pun terfikir.

Apabila melihat lambang starbucks, fikiran ini mula tertanya-tanya, siapakan gerangan wanita berambut kerinting itu? Kenapa ianya boleh berada di lambang starbucks?

Perasaan ingin tahu mula mebuak-buak. Dengan dunia di hujung jari, jari cantik halus mulus ini mula menggoogle apa maksud lambang itu. Dan inilah jawapannya…

Lagenda mengenai ikan duyung ini banyak diceritakan di dalam kisah dongeng Eropah. Melusine mempunyai bahagian bawah badan menyerupai ekor ular.

Melusine dikatakan seorang wanita garang yang ingin membalas dendam terhadap ayahnya bagi pihak ibunya. Dia dikatakan telah berkahwin dengan seorang bangsawan dan mengenakan satu syarat pelik, iaitu dia ingin bersendirian selama 1 hari dalam seminggu.

Akan tetapi kerana sifat ingin tahu, suaminya telah mengintai Melusine ketika bersendirian dan terkejut apabila mendapati isterinya itu sebenarnya adalah ikan duyung.

Kerabat di raja Perancis dari House of Lusignan mendakwa mereka adalah keturunan dari Melusine. Kini, gambarnya kelihatan di seluruh dunia, terutamanya pada lambang minuman kopi terkenal iaitu Starbucks.

Begitulah rupanya cerita kenapa wanita berkenaan berada di lambang starbucks. Rupanya ianya adalah Melusine dari Perancis.

BACA: Takut dibawa ke balai Polis, penumpang Grab nekad terjun keluar kereta undang reaksi netizen