Ini nombor seat yang perlu dielak dalam kapal terbang yang ramai patut ambil perhatian kalau taknak ini terjadi
Apabila anda bercuti atau melancong dengan menaiki kapal terbang, antara pengalaman paling best sepanjang tempoh penerbangan
Tentunya bila dapat menikmati pemandangan menakjubkan dari atas udara
Dan ramai juga yang gemar merakamkan gambar-gambar cantik berlatar belakangkan sayap serta logo pesawat.
Tetapi, itu jika anda bernasib baik mendapat tempat duduk yang mempunyai tingkap di sebelahnya.
Namun, ada juga penumpang yang tak bertuah atau secara tidak sengaja menempah tempat duduk dalam pesawat yang rupanya tiada tingkap pun di sebelah. Kesian, kan?
Anda pernah tak mengalami pengalaman malang sebegitu?
Di laman Twitter, seorang wanita yang dipercayai Pramugari Malaysia Airlines berkongsi tips bagi memilih window seat yang betul bagi mengelakkan penumpang berasa kecewa kerana ketiadaan tingkap di sebelah.
There. Fixed it 😂 pic.twitter.com/nsLhVjChIJ
— Ahmad Azlan 🇲🇾 (@AhmadAzlan10) November 24, 2019
So if you guys want a window seat, DO NOT BUY THIS 8A seat 😹 it’s not a scam ok 😝 pic.twitter.com/BL3LCmYsrA
— erza lisa (@lisa_erza) November 23, 2019
Menurut wanita tersebut, gambar pesawat yang dikongsikannya itu adalah jenis pesawat Boeing 737-800 yang mempunyai lorong tunggal dan beliau menyarankan untuk penumpang mengelak daripada membeli tempat duduk bernombor 8A kerana ia tidak mempunyai tingkap di sebelahnya.
Perkongsian dan tips berguna oleh wanita itu nyata mendapat perhatian netizen apabila sehingga kini ia telah diretweet sebanyak 9 ribu kali dan mendapat 9.2 ribu likes serta komen-komen yang turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan pemilihan tempat duduk dalam kapal terbang.
BACA: Satu keluarga terkejut, ayah tiba-tiba pulang ke rumah lepas 29 tahun dikebumikan