Tak jadi kahwin? Tunang lari dengan lelaki lain? Peguam ini kongsi cara saman bekas tunang sebab batal perkahwinan
Cinta putus di tengah jalan memang menyakitkan apatah lagi apabila menunggu hari untuk mendapatkan ikatan yang sah.
Jadi, seandainya ada antara korang yang putus tunang sampai perkahwinan terbatal, boleh bawa kes tersebut ke mahkamah!
Perkara ini dikongsikan oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi menerusi TikTok miliknya. Bagaimanapun, jelasnya, mereka harus meneliti beberapa perkara sebelum mengheret kes ini ke mahkamah.
@lawyergandhi Bolehkah anda saman tunang yang membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir? #tiktokguru #lawyergandhi #tunangan #saman #tiktokawardsmy #roadtotiktokawardsmy #ex #bekastunang #weddingcancelled ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
“Ya anda boleh (saman), tapi harus ingat perkara berikut. Pertama, anda perlu pastikan ada perjanjian yang jelas untuk berkahwin, contohnya jika kedua-dua pihak sudah menghantar kad jemputan kahwin.”
“Antara ganti rugi boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga persiapan perkahwinan. Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran.”
Katanya lagi, sebarang perjanjian yang memungkinkan mereka untuk berkahwin itu boleh dituntut melalui Mahkamah Syariah bagi orang Islam, manakala mahkamah sivil untuk mereka yang bukan Islam. Haaa, kalau nak putus, baik putus cara baik.
BACA: Ini 5 bukti minda rakyat Malaysia masih dijajah walaupun dah 66 tahun merdeka, no.3 ramai buat
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio