5 kampung di Langkawi banjir, ahli parlimen ‘missing in action’?

Oleh JUNITA ABD RAHIM

5 kampung di Langkawi banjir, ahli parlimen ‘missing in action’?

Lima kampung di dua mukim di pulau ini terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat selama 24 jam, serta angin kencang yang melanda sejak semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata,

5 kampung di Langkawi banjir, ahli parlimen 'missing in action'?

kampung terbabit ialah Kampung Kilim, Sungai Itau, Teluk Yu, Ewa dalam Mukim Ayer Hangat, dan Belanga Pecah (Mukim Kuah).

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk pada 10.30 malam sebelum menghantar sejumlah anggota untuk memberi bantuan awal.

“Beberapa rumah penduduk di lima kampung terbabit dan Jalan Sungai Itau dilaporkan terjejas.

“Bagaimanapun, paras air Sungai Melaka di Kampung Bukit Kemboja dan Padang Matsirat serta Sungai Kuah masih mencatat paras normal iaitu di antara 0.18 meter (m) dan 6.65 m,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Shahfikri berkata, pihaknya turut menerima laporan kejadian pokok tumbang merentangi jalan raya utama, sekali gus menghalang pergerakan lalu lintas di Kampung Kisap berhampiran Galeri Perdana.

“Dalam kesibukan membantu mangsa banjir kilat, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menangkap seekor ular sawa di dalam longkang rumah penduduk.

“Setakat ini, keadaan cuaca di Langkawi masih hujan di satu dua tempat, manakala ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat pada sebelah petang,” katanya.

Beliau berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka selepas air dilaporkan surut mulai 2.22 pagi tadi.

“Sehingga 9 pagi ini, anggota APM masih ditempatkan untuk pemantauan di beberapa kawasan yang berpotensi banjir,” katanya

BACA: Betul ke Tesla pengeluar kereta EV je? Ini 5 produk Tesla yang tiada kaitan dengan kereta ramai tak tahu