Sisi gelap dalam penjara ramai tak tahu, patutnya warden penjara yang kena hukum

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sisi gelap dalam penjara ramai tak tahu, patutnya warden penjara yang kena hukum.

Ramai tidak tahu sebahagian besar warder (penjaga) penjara terdiri daripada penjenayah-penjenayah besar di Malaysia

Mereka adalah kaki pengedar dadah, kaki pukul, kaki buli, kaki penipu duit orang, kaki hukum, segala tok nenek moyang kaki!

Sisi gelap dalam penjara ramai tak tahu, patutnya warden penjara yang kena hukum

Sisi gelap dalam penjara ramai tak tahu, patutnya warden penjara yang kena hukum

Adik saya pernah dipukul dan dimasukkan ke dalam bilik gelap sebab tidak mahu jualkan dadah untuk wadar-wadar di Penjara Sungai Buloh! Disebabkan tidak mahu beri kerjasama, beliau dipaksa minum 6 jag air dan dipaksa buang air kecil untuk diambil urinnya untuk test dadah dalam penjara. Mereka sanggup letak dadah dalam airnya supaya dia positif dadah.

Adik saya bukan penagih!!! Tak pernah sentuh dadah sebab itu dia tak nak terlibat. Kalau betul dia salah, kenapa tak report polis dan tak tuduh di mahkamah. Tapi sebab nak bagi pengajaran pada adik saya supaya dia tunduk pada mereka. Nasib adik saya seorang yang berpendirian. Dia dikurung di bilik gelap hampir sebulan.

Adik saya selalu dihukum masuk bilik gelap bila dia menyoalkan hak-hak banduan lain. Bila ada banduan lain dilayan dengan teruk, dia akan complain pada pengarah. Jadi bila ada wadar sangkut sebab buat salah, maka geng-geng wadar tersebut akan balas dendam pada adik saya.

Adik saya menghidap Felty syndrome (gabungan SLE, Rheumatoid Arthritis dan urat beliau membengkak dan boleh pecah bila-bila masa) dan sekarang ada penyakit baru pula dilehernya iaitu limfoma.

Masa beliau sakit di penjara Bentong, wadar-wadar tak bagi beliau pergi hospital sampailah satu hari pengarah penjara Tn. Abdul Aziz sendiri ternampak keadaan beliau tersebut. Nasib pengarah suruh dia dirawat. Kalau tak, mungkin dia dah mati di Penjara Bentong.

sisi gelap wadar penjara

Pelbagai kisah susah, duka dan seksa adik saya di dalam penjara. Masa mula-mula masuk penjara sebelum sebutan kedua kes dia di mahkamah, dia telah dipukul sampai telinga dia keluar darah, dihentak kepalanya di dinding, dipijak-pijak etc.

Bila kami first time jumpa dia di penjara, kami tak kenal dia. Muka bengkak dan hitam pekat. Berjalan bongkok dan satu-satu masa saya lihat dia macam nak merangkak. Masa itu saya terus jadi jadi monster dan saya cakap pada wadar-wadar yang bawa dia. Saya akan pastikan penjara “terbakar” akibat api kemarahan saya. Saya terus kerjakan orang yang buat dia. Saya buat report polis. Wadar-wadar tu akhirnya dibuang kerja.

Terlalu banyak kisah duka dan kesengsaraan dia yang kami pendam kerana tiada siapa akan peduli hal kami. Tapi api kemarahan saya tidak pernah padam.

Wadar penjara pula ramai penjenayah!!! Begitu ramai wadar penjara jumpa saya minta wakili mereka menjawab surat jabatan bagi kes menjual dadah dalam penjara. Mereka semua tak dituduh di mahkamah. Hanya diberhentikan atau dibuang satu takuk pangkat. Kenapa? Penjara nak sorokkan keburukan kakitangan mereka.

Ada yang kaki penipu. Call ahli keluarga banduan dan tahanan minta masukkan duit konon-konon tahanan dan banduan yang minta. Masuk duit pula kat akaun anak atau bini mereka bagi menyembunyikan identiti mereka. Saya pernah terima panggilan macam tu. Dia minta RM500. Katanya adik yang suruh sedangkan adik saya kata tak ada minta langsung. Bila saya tanya wadar tu berapa bahagian dia akan dapat dari RM500 tu? Dengan tak tahu halal haram, katanya RM350. Saya terus kata jangan harap saya akan bagi satu sen sebab biar adik saya tak dapat langsung.

Ada wadar kaki pukul. Mereka sesuka hati pukul tahanan dengan banduan. Dah gila agaknya. Kebanyakan nak tunjuk power. Bila kena soal, tahu pula takut.

Penjara sendiri tiada kuasa menghukum tetapi mereka akan hukum banduan dan tahanan sesuka hati walaupun kesalahan hanya lambat keluar dari bilik atau bersembang dengan kawan-kawan. Padahal wadar penjara tiada kuasa menjatuhkan hukuman pada sesiapa pun!!! Tak ada siasatan, tak ada report polis, tak ada bicara!!! Hukum sesuka hati.

BACA: