Wanita ini teruja jumpa restoran yang jual Nasi Lemak di New York, sekali lain pula jadi bila rasa makanan yang dibeli.
Seorang pengguna TikTok dari Malaysia, Ivor_Xianz nampaknya kurang berpuas hati dengan makanan Malaysia
Beliau cuba di salah sebuah restoran di Chinatown, New York City.
Wanita ini teruja jumpa restoran yang jual Nasi Lemak di New York, sekali lain pula jadi bila rasa makanan yang dibeli
Ivor telah berkunjung ke sebuah kopitiam yang sesak dan dari pandang pertama,
gerai ini menjanjikan suatu pengalaman yang menarik untuk dicuba dan disebabkan itu beliau menempah sepingga Nasi Lemak berharga USD$8.
Hidangan itu disediakan dalam mangkuk dengan nasi menjadi sajian utama sambil diapit oleh sebiji telur rebus, timun, ikan bilis dan sedikit sambal.
Bagaimanapun, Ivor kurang gemar dengan cara restoran ini menyediakan makanan. Dia mendapati hidangan ikan bilis terlalu banyak dan sambal Nasi Lemak terlalu sedikit.
@ivor_xianz a Malaysian trying Malaysian food in New York China Town 🇲🇾🇺🇸😭 #chinatownnyc #malaysianfood #ivortrying #nasilemak ♬ original sound – Ivor trying so u dont hve to
Pada bahagian rasa pula, Ivor hampa dengan cara restoran ini menyediakan nasi. “Sangat kering dan beras tidak ada bau kelapa,” katanya. Dia kemudian menekankan bahawa sambalnya manis, lebih kepada gaya Cina.
Beliau juga kecewa dengan penyedian ikan bilis yang seperti ‘masuk angin’ dan bukannya rangup. Dia juga membezakan nasi lemak yang dicubanya di Australia dan Chinatown yang kurang memuaskan.
Selain itu Ivor juga tidak gemar dengan teh tarik yang berharga USD$6 yang disediakan oleh restoran ini sehingga beliau perlu ‘menarik’ sendiri teh tersebut dari satu cawan, ke cawan yang lain.
Selepas itu, beliau menempah Mee Kari Putih Pulau Pinang. Di mana dia mendapati bahawa hidangan itu tidak seimbang dan berkata bahawa “mee segera yang dia masak” lebih baik daripada hidangan mee kari putih di restoran ini yang dijual pada harga USD18.
BACA:Berang anak kena pukul di Taska, tindakan bapa budak ini buat netizen puas hati