Tak sangka betul, rupanya ini cara baiki T-Shirt leher kembang, pasti baju lusuh nampak baru
Cara Baiki Leher Baju T Yang Mengembang, Tip Daripada Pakar Dobi
Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal.
Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan.
Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.
Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada Jepun. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.
Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang
Sediakan:
Seterika
Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Siap
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!