Tulisan doktor ramai tak faham, tapi tukang bagi ubat pandai cari ubat dengan baca tulisan doktor, kenapa?

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tulisan doktor ramai tak faham, tapi tukang bagi ubat pandai cari ubat dengan baca tulisan doktor, kenapa?

Kepada yang pernah dapat surat doktor mesti pernah mengalami saat di mana keliru dengan apa yang doktor tulis.

Mana taknya, tulisan yang ditulis terlalu berangkai-rangkai dan halus sahaja.

Tulisan doktor ramai tak faham, tapi tukang bagi ubat pandai cari ubat dengan baca tulisan doktor, kenapa?

Kalau bagi dekat cikgu Bahasa Melayu, mereka pun belum tentu dapat kesan apa yang doktor tulis agaknya.

Walaupun tulisan doktor kelihatan seperti cakar ayam, tetapi apa yang ditulis itu sangat penting kerana mengandungi sejarah pesakit dan preskripsi ubat yang akan diberikan.

Pun begitu, pernah tak anda terfikir mengapa dan bagaimana seorang doktor yang merupakan memiliki salah satu profesion terkemuka ini boleh mempunyai tulisan sedemikian?

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, Mental Floss ada berkongsikan sebab mengapa doktor mempunyai tulisan sebegitu.

Kenapa tulisan doktor selalunya buruk?
Memetik jawapan daripada laman Mental Floss, seorang doktor bukanlah bertugas untuk jumlah jam normal iaitu sembilan jam semata-mata.

Seorang doktor mungkin bekerja lebih daripada sepuluh jam malah ada yang berpuluh-puluh jam jika jumlah pesakit terlampau ramai.

Hal ini berbeza jika anda merupakan pesakit pertama pada hari itu. Preskripsi ubat yang anda dapat jika anda merupakan pesakit pertama mungkin masih boleh dibaca dengan sempurna.

Tetapi jika anda merupakan pesakit pada jam kesepuluh doktor itu bekerja, mungkin tulisan yang anda baca tidak lagi sempurna. Hal ini kerana otot tangan doktor pada ketika itu dipercayai mungkin sudah kejang.

Disebabkan itulah kandungan yang ditulis oleh doktor mungkin tidak lagi dapat dibaca dengan begitu mudah.

Walau bagaimanapun, jika preskripsi ubat tidak dapat difahami oleh anda, ia masih boleh difahami oleh ahli farmasi yang bertugas. Ada masanya doktor hanya menggunakan singkatan sahaja untuk memudahkan kerja.

Kredit: The Discreet Pharmacist
Difahamkan dalam dunia perubatan, seorang doktor perlu mencatat semua perkara yang berkaitan dengan pesakit untuk direkodkan, tegas Celine Thum, seorang pakar perubatan di ParaDocs Worldwide kepada The Healthy menerusi Mental Floss.

Sekiranya mengalami kekeliruan semasa membaca apa yang ditulis oleh doktor, anda dinasihati untuk terus bertanya dan meminta mereka untuk menjelaskan semula mengenai preskripsi tersebut.

BACA: Patutlah nasi arab mahal, rupanya ini harga rempah Saffron yang ramai tak tahu